4

~^* e-Kad Raya *^~

Assalamualaikumussalam WBT
dan salam sejahtera.

Hari ni dengan excited nak balik rumah family angkat
di Alor Setar, Kedah
dengan geng2 anis.
Mama cakap nak ambik pukul11 pagi tapi tiba2 extend pukul2 petang pulak.
Anis tak tahu bende nak buat,
anis edit e-Kad Raya untuk 

ANIS & MR.BF

ABG ZAKI & KAK NINA & MIA

errkk...ni anis edit simple2 je gunakan gambar yang sedia ada.
Almaklum lah ye,anis dah eksited nak RAYA...
2

*OH jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berkenaan dengan tajuk di atas.
Terasa cukup singkat waktu kita berpuasa dan kini sudah hari yang ke14
(hari anis update post ni)
Dalam mengecapi keindahan Ramadhan Al-Mubarrak
dalam menjalani ibadah sehingga sempurna

Anis sibuk dengan mencari 
TEMPAT UNTUK LATIHAN INDUSTRI
selain assignment melambak tak tentu hala.
Anis nak area2 Pontian dekat sikit dengan rumah orang tua anis.
Di tambah dengan kerunsingan kepala ni dek
memilih DUA tempat.
Salah satunya bos Melayu dan Cina.
Nak pilih mane nih.......

Mengikut kelulusan anis:
DIPLOMA IN NETWORKING SUPPORT
NAK LI SEM DEPAN
tapi resume tak siap
huhuhuhu.

4

*Selamat Datang Ramadhan dan Syawal

Assalamualaikum,,dan salam sejahtera.
Setelah sekian lama anis tak update blog ni.
Dengan keadaan yang begitu busy dan jadual yang mampat membuatkan
anis tak berdaya nak menatap blog anis ni..

Berbalik kepada tajuk anis pada kali ini,
SELAMAT DATANG RAMADHAN DAN SYAWAL.

SITUASI:
1. SEDIH-sebab tak dapat sambut puasa bersama keluarga di Johor.
Anis tak dapat balik sebab anis jauh nun di Perlis.

2.GUMBIRA-hehe,sebelum sehari berpuasa tu,anis sempat pergi vacation
dengan family angkat dan kawan2 anis: Sara,Yana,Eha.
anis ke Pulau Langkawi..

3.BLINKING-4pasang baju raya dah SIAP...!!!!
Whoa best gila sebab semua baju2 raya anis di support oleh family.
N lagi satu, theme baju raya couple tahun ni
"Couple in Black" 
sebenarnye sebelum timbulnye theme ni,anis da suggest kt mrBF nak gunakan warna hitam tapi mrBF tak mahu sebab alasannye "Panas dan berpeluh". K la fine anis pon try suggest warna lain tapi macam2 alasan yang dye bagi. Geram pon ade jugak. And, one day dye call,dye cakap yang baju raya terpaksa warna hitam disebabkan bonda mrBF da belikan kat Jakel. Hahaha terpaksa dan rela jela. The other side, anis pun tengah siapkan baju kurung songket Thailand yang anis beli.
So, kebetulan la kot..

4.DRIVE BALIK KAMPUNG-Tahun ni balik kampung berlainan dengan tahun lepas sebab anis
drive kereta dari Kedah ke Johor. Tapi bersilih ganti la. Anis balik kampung dengan adik mrBF sebab dye belajar di IKM Sik,Kedah. So jimat la jugak duit tiket nak balik. Cuma letih. 
Alah bisa tegal biasa la. Season lepas anis naik bas ramai2 dengan geng poli budak2 Johor.

Di sebabkan Arau jauh dari Sik, anis gunakan alternatif dengan menaiki bas ke Sungai Petani
then baru lah adik mrBF ambik.

Hah,amek koh,,jauh dan jenuh dari utara ke selatan.
Tapi semangat nak balik raya tahun ni, memang gempak!
Adventure sikit la..

Serba sedikit perjalanan anis di bulan Ramadhan dan persediaan nak menyambut
Syawal.

Website Signs
Back to Top