Pemergian Yang Di Sayangi


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
السلام عليكم

Sekadar tatapan dalam ingatan..
Dalam kenangan merindui kamu..menyayangi kamu..


Sekali lagi keluarga anis menerima satu berita kehilangan orang yang tersayang setelah pemergian arwah nenek 4bulan yang lalu..
iaitu adik kepada ibuku, dan ibu saudaraku..
Dalam kenangan..Jamiah Binti Suraji..
Hari ni genap 7 hari pemergian beliau..Beliau yang di senangi, penyayang dan merendah diri.
Gemar memuliakan orang lain dan menghargai setiap apa yang orang lain lakukan untuknya..
Anis tak pernah jumpa jiwa sebaik dan selembut dia walaupun arwah cuma pulang ke Malaysia setahun sekali ketika Hari Raya Aidilfitri oleh kerana beliau tinggal di Wyoming, United States.

Sebelum pemergian arwah nenek anis yang pernah anis post entrykan
dahulu (LINK) beliau berpindah ke Orlando, USA untuk memulakan hidup baru.
Namun, kebahagiaan yang baru di kecapi tak sampai lama oleh kerana Allah lebih sayangkan beliau.

Berikut adalah email yang anis dapat dari suami arwah ibu saudara anis :

Assalamualaikum
Jamie had a stroke and had massive bleeding in her head
It crushed her brain onto her brain stem causing her to lose body functions
She passed away at 2:45 pm eastern time today
There will be a service for her at a masjid near Disney 
She will be buried at a community cemetery reserved for local muslims
The local muslim community had been very helpful to me in my time of need
Waz

(an email from his husband)

then,

Salam  
Thank you for the duas and well wishes
Please do not worry about me, I am OK
The muslim community of Clermont about 30 miles north of our house 'adopted' me. 
When it was clear that there was nothing that could be done for Jamie one of the nurses at the hospital asked me if I wanted a priest or chaplain to come and perform the last rites for Jamie. I declined and informed her that 
we are muslims. Without any instructions from me she proceeded on her own to google for mosques in the Orlando area and started calling them. Almost all of them did not want to go to the hospital telling her that it was too far away. The person who answered the phone in the Clermont mosque was the only one who said they would go to the hospital. And so 3 total strangers appeared in Jamie's ICU room at eleven pm and stayed till 1 am reciting Yasin and dua. They wanted to stay with me thru the nite but I told them to go home they had done more than enough for us. They even helped make the funeral arrangements
 This morning 6 muslim sisters helped jamie with the usul bath. In the afternoon after the zohor prayers in 
Jamaa masjid about 200 strangers performed the solah jenazah. About 45 of them came to the burial ground to help with the burial. After the burial we went to the Clermont masjid for duas after asar prayers
Alhamdulillah everything went well as if Allah wanted Jamie to reach Him as smoothly as possible

Betapa cintanya dan kasihnya seorang suami,
semoga Uncle Waz tabah di sana dan semoga Allah memelihara kehidupan kamu di sana.

Walaupun beliau bukan berada di tanah kelahiran dan tanpa keluarga di sisi,
tapi ISLAM mengikat nilai kekeluargaan..bayangkan betapa hebatnya agama kita.
Terima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah Jamiah Binti Suraji.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian (Strangers).
Dan semoga Allah mempermudahkan urusan keluargaku di Barzakh.
Al-Fatihah..

(This emails is under my territory)

3

Jadual Kembara Mahkota Johor 2012




Jangan lupa singgah Kampung Puteri Menangis ye...kampungku syurgaku..
(right click new tab for big display)

Resepi Chocolate Moist Cake + Ganache


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
السلام عليكم

Semalam anis ada post entry mengenai Chocolate Moist Cake
dengan tajuk 



So hari ni anis nak bagi resepi derhaka kek ini dari sebuah laman web :
1. Kongsi Resepi
2. Resepi Citarasawan

Bahan-bahan ( loyang 9" )

2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder 1 tsp esen vanilla

Untuk ganache

2 cwn non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup

Whipped Cream 

1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara :
  1. Tepung + koko powder + soda bikarbonat + baking powder di ayak bersama. 
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila. 
  3. Masukkan susu dan minyak dalam adunan,kacau sebati.
  4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.
  5. Last skali masukkan air panas..kacau sebati.
  6. Bakar selama 45 minit pada suhu 175-180degree. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam. Aku refer kukus sebab lagi moist coklat tuh.
Membuat GANACHE
  1. Dalam mangkuk kecil, didihkan whipping cream 
  2. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking chocolate. kacau sebati. 
  3. Tambahkan golden syrup. 
  4. Ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dalam peti sjuk
Membuat WHIPPED CREAM
  1. Pukul 1 cawan whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cawan choc ganache yang di ambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati. 
  2. Kek yang dah siap..di potong tengah2. sapukan dengan whipped cream dari step di atas. Kemudian lapiskan dengan kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit, ambil kek yang dah disapu whipped cream td,sapukan pula dengan ganache yang kita dah simpan dalam peti. Simpan semula dalam peti lebih kurang 30 minit.
TIPS : Untuk menutupi kecelaan bagi kek yang comot, anis tabur dengan badam yang telah di bakar tanpa minyak. Untuk hiasan, ikut kreativiti masing-masing

KOMEN : 
MrBf : Kek coklat cam pahit sikit,,bla,,,bla,,bla,,tapi nanti wat lagi.
Biras To Be : Sedap okey...(yehaaaa)
Anis : Yang penting time diaorang potong kek nih, anis takde di situ..hehehe

SELAMAT MENCUBA
0

Kek Chocolate Moist Buat Bakal Mertua


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'


Bersempena dengan hari kelahiran ibu kepada mrBf tersayang,
kesemua duabelas adik-beradik mrBf telah menyambutnya secara sederhana di sebuah restoran di Pontian.
Dan tidak lupa aku hadiahkan sebiji kek hasil air tangan ku sendiri.
"Sebelum tu malu nak mengaku sebab decoration kek tidak seperti yang di perkatakan".
Agak comot dan kelakar.

Antara yang hadir :
(Abg Asri dan Kak Su sefamily)

The 'syurga' of my mrBf.

 The bakal 'Syurga" ku kelak.

(Abg Apiz dan Kak Ila's Family)

(Si kepoh *Salihan, Nora, Eykin dan aku)

(Abg Din's Family, dan 'gugurl Puteri Norhidayah)

(Penyeri majlis sebab suka lari2)

(Mereka geng =) )

Antara hidangan :
Ketam masak manis..sangat sedap dan banyak yang aku makan.

Tomyam campur (not bad)

Siakap 3 rasa..bak kata mrBf, "rasa sayang hey" sebab takut tak habis.

Meja di penuhi hidangan.

Muka aku...(describe sendiri)

Nak bayangkan betapa besarnye mulut...ikan.

Kailan ikan masin.

Kak Su sedang pujuk Awisy makan.

* All this picture is my property..
Pengambilan gambar ini secara haram adalah salah di sisi 
undang-undang hak cipta. Mestilah di bawah kebenaran pemilik blog itu sendiri.
0

Teaser : My Hantaran


0

DIY : Flower Net


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
السلام عليكم

Semalam anis buat Flower Net untuk hiasan di veil yang akan digunakan pada hari tersebut.

Bahan-bahannya :
Lebihan kain net yang di buat veil.
Gunting pinjam kat ibu
Benang yang terjumpa kat beg belajar menjahit dulu2
Jarum yang ada sekali dekat benang tersebut


Potongkan kain macam kat bawah nih.



Pastu lipatkan kepada 2 bahagian.
( Yang garis putus2 adalah lipatan)

Then jahit di hujung kanan dan hujung kiri net.

Yang warna merah itu tanda jahitan. 
Lepastu terbalikkan net dan jahit di bahagian yang tidak berjahit.
Jahit jelujur taw. Dah siap, tarik kain sampai kain mengecut.
 Kemudian, kemaskan.
 TARAAAA.......!

 Besar 3 jari anis.

Bahagian cerutan kain net ini. Kemaskan.


Malam tadi dapat 6 kuntum flower net.

سلامت برعمال...السلام عليكم
0

HARAM MEMAKAN MURTABAK DAN ROTI CANAI TELUR...


Hukum asal makan roti canai telor dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telor yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram,
maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)". Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam.

p/s : So sebelum nak order tu, tanya dulu la, ane telur basuh tak...hahahah
0

Tahukah anda : Kisah Kucing Rasulullah


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'السلام عليكم 

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.

Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.
By: Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku Kerana Allah Taalaسلامت برعمال...السلام عليكم

Website Signs
Back to Top