Showing posts with label KEsayanganKU. Show all posts
Showing posts with label KEsayanganKU. Show all posts
0
Officially 
I'm Married..!!!

Shahizul Annuar & Siti Anisa

Bertunang : 03.June.2012
Bernikah : 06.Mei.2014
Berinai : 09.Mei.2014
Bersanding : 10.Mei.2014
Bertandang : 17.Mei.2014

Bernikah


Berinai


Bersanding










Tempat : Teratak Bonda, Pontian, Johor
Tarikh : 10.Mei.2014 (Sabtu)
Jurugambar : Raja Hasry Raja Ismail
Photog : Picturesque Photo Studio
Wedding Planner : Andaman Sri Pinang, Pontian
Berinai : Beautifull Henna (Siti Athlia)
Tudung Nikah : Fareeda Nyata Jelita
Baju Nikah : Handmade
Khemah : Hanany Canopy & Catering Batu Pahat, Johor
Cake : Suhaila Fadhzilah
Candy Buffet : DIY Anis & Makcik (Rita MH)
Guest Book : DIY Handmade
Hantaran : DIY Myself
Kad Jemputan & Banner : Amierieda Creative
Baju Family Lelaki : Oren Sports
Baju Family Perempuan : Jakels



Bertandang






Tempat : Villa SJ, Pontian, Johor
Tarikh : 17.Mei.2014 (Sabtu)
Jurugambar : Raja Hasry Raja Ismail
Photog : Picturesque Photo Studio
Wedding Planner : Andaman Sri Pinang, Pontian
Berinai : DIY Anis
Bunga Tangan : Kedai Bunga May Pontian
Khemah : Hanany Canopy & Catering Batu Pahat, Johor
Pulut Tower : Kak Long Hubby
Guest Book : DIY Handmade
Tudung Family : Chenta Watie Scarf
Baju Family Lelaki : Oren Sports
Baju Family Perempuan : Nagoya Textiles

0

Anniversary Yang Terlambat

Assalamualaikum..
Allahuakhbar....Alhamdulillah Ya Allah..
Tak dapat nak ungkapkan dengan perkataan bila nampak je sidebar dalam blog nih..
Eh..dah 5 tahun 2 bulan 1 minggu dan 5 hari perkenalan anis dan dia.
Dan pertunangan kami dan 7 bulan 2 minggu 4 hari..
Ketar lutut dan lengan kejab..sambil tu keluar muscle2 yang rapuh..eh asal cepat sangat masa berlalu eh..
Dah nak rasa2 nasi minyak sendiri la..(statement gatal) hihihi..
Ermm..........
.....................................................
............................takde modal.............................
......................................................
just pandang je gambar nih..dan fikir sejenak..
Nak capai masa se-lama ni macam2 pahit dan manis kot..
Macam pelam kat Perlis ni..ade masam ada manis..even kulit kau hijau.
Macam hidup ni di samakan dengan roda..ada ketika di atas, ada ketika dibawah..
*Yang penting KEJUJURAN, KEPERCAYAAN dan IKHLAS.
Sekian terima kasih..
2

Officially Engaged With Him



Engagement Day
Anisa & Annuar
03 Jun 2012



Handmade

Hantaran untuk anis dan dia 9 berbalas 11

my BFF

His Family

En.Fiance



2

6 Weeks More




سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'

Huhh....Let me sigh first..
Dalam diam lagi ENAM minggu lagi nak mengecapi hari penting. Penting la jugak bagi aku.
Eh! Confirm penting sebab aku always mengelabah like biawak lari.
(Boleh bayangkan biawak lari camne)

Dalam ENAM minggu itu adalah hari2 kesibukan aku. Sibuk dengan barang2 yang harus ku beli, tak harus ku beli, dengan bajet yang HARUS minima. Sebab aku perlu BAJET BELANJAWAN.. Takmau boros mahupun menghabiskan duit dengan bende2 remeh dan tak perlu digunakan. Bayangkan duit keluar bagaikan air. Tapi duit tu aku buat beli set2 melemakkan badan. Dan time duit tengah kat tangan, kupon mahupun voucher makanan FastFood sampai di tangan even sanggup pergi Petronas just nak ambil kupon MarryBrown.

Dalam ENAM minggu tu jugak lah aku akan timbul bibit :
GEMENTAR
(gambar xbest sebab hpn dye hampeh)
BERSAYANG2
BERGADUH2

(rosak segala ayat)

Gementar oleh kerana hari itu.  Bersayang2 sebab makin lama ikatan makin dekat. Bergaduh sebab selalu missundestanding dengan mrBf. Bayangkan lah sebelum ENAM minggu ni je dah banyak bende nak kena sattle. Dengan family sebelah mrBf, dengan family sebelah aku. Dengan dia yang selalu rilek dan busy dengan kerja yang projek silih berganti. Aku rasa nak marah, tapi akan cair bila tengok gambar di bawah

Alahai comelnye Que bila senyum. Ignore si pemegang.
Candid nilai2 kebapaan sangat kot. Hati mana tak cair dan melebur saat aku nak marah dia still senyum dan rileks, macam takde bende yang berlaku. Moto dia "Bende boleh sattle". ENAM minggu lagi rasa macam ENAM hari. Dengan ENAM minggu semua persiapan tak siap dek perangai melengah dia nih. 1bende pun dia tak beli lagi. 

(jumpe pamplet camni kat wiper kereta)

Lagi satu hal. Kononnya nak datang dan beli kain sempena promosi 70% la katekan.. Promosi pun sampai 15April je..ape lagi Jakel Tampoi bersebelahan Kipmart Tampoi ku serbu dengan geng mak jemah iaitu Mama Mia, Mia Jeha dan anak sedara mrBf (kami sebaya). Starting ingatkan nak bawak si ikan, tapi bila fikir2 baik aku pinjam orang lain punya binatang kaki 4. So pinjam kereta kakak sebab Auto,,jalan JB memang aku malas nak drive guna Manual. Senak dengan jammed. Di samping itu jugak lah macam2 cerita aku dengar dari si anak saudara ni mengenai pakciknya yang ke Sebelas.

Kua umah dengan muka happy sebab good sunshine. Tak panas tak sejuk. Aku lalu Pekan Nanas dan naik highway Gelang Patah. Nak ke Jakel cuma bayar RM2.30.Pastu hujan dengan lebatnya. Rezeki Allah katekan. Sampai SESAT tak jumpa flyover nak turun Skudai. Telefon mrBf mintak direction. Hampeh, moment taksuka nak berjalan bila malam dan hujan aku pulak yang drive.(sebab rabun ayam)

Sampai Jakel hujan tak henti2, kelemahan Jakel Tampoi ialah PARKING. Tudia aku pusing banyak kali just nak dapatkan parking yang dekat dek kenangkan anak buah yang seorang nih..
dibuatnya hujan menimpa kepala dia,,aduh demam letih nak jaga. Lagipun parking lot jauh dan air dah naik separas buku lali. 

Masuk2 terus meluru mintak kain jenis Chiffon (sbb nak siap dan balik cepat2)
1meter harganya RM8++ untuk chiffon pink. 1meter harganya RM6++ untuk lining coklat. pastu mintak lace.
Naik ke tingkat atas n cari lace,.dari yang murah kepada harga yang boleh gadai tanah sekangkang kera. Promoter ni nampak tua dalam kemudaan dia. Sebab muka taksuka senyum. Anis nak border lace, amek kaw..siap dia bagi yang paling murah RM540 katekan. Terjeling2 mata anis dengan kakak dek harganya. Last2 jumpa. 1meter harganya RM120.00 paling murah rasanye. Mengeluh sekejap sebab bajet paras2 idung. Beringat ye, jangan membazir selagi belum sampai gerbang perkahwinan dan tak semestinya akan membazir bila detik perkahwinan. 

Tak sempat nak ambil gambar sebab kamera tak bawak, nak guna hpn hasilnya sangat buruk sebab aku tak guna hpn mahal dengan motto "Hpn mahal atau murah function yang aku guna cuma mesej dan telefon". So waimah aku nih budak IT sekalipun. So gambar akan di upload kemudian. 

P/S : Bila baca balik post ni,aku rasa aku sedang berlari ketika
menaip entry nih..

سلامت برعمال...السلام عليكم


Aku Seketika Dulu


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Assalamualaikum,,hari ni terajin update sebab stress mengenangkan bos.
Lantak p la takmo pikiaq dah..semoga Allah membuka hatinya untuk memaafkan kesalahan anis..

Takmo sedih takmo apa2.
Hari ni nak sharekan zaman kegemilangan kanak-kanak ku dahulu.
Kira dah menjadi TEBIAT la jugak dengan benda-benda nih..

yang ni nama nya anis bagi "aiskim tailand" n rege 10sen je.
sebab ibu cakap aiskim ni tak elok buatan thailand.
Sebenarnya saja tak kasi anak dia sakit perut sebab banyak sangat minum benda nih.
cara paling rare nak minum dia, gigit yang bahagian atas tu, pusingg....pusinggggkan sampai
putus, then sedut sampai habis,,dah habis, tiup2 macam jantung mengepam darah.
Kalau yang tak biasa, SEMPUT jawapan dia..hahaha

Yang ni jadi bisnes bila kat sekolah agama (sebab ku kelahiran Johor)
tiap2 malam mintak ibu buatkan aiskim nih, masa tu tak reti nak pintal lagi.
Bila dah sejuk jual kat sekolah, leh untong maaa...20sen taw,.jual kat bakul motor pun laku.
(jual kat motor sebab jual secara haram)
faveret kawan yang specialnya aiskim anis, aiskim DURIANBELANDA..
takde nya yang perasa2 nih..ni buah pure asli dan original maa...sedap taw,
Korang cari la kat memane esp Giant ke, pokok umah jiran ke, amek pulak yang masak taw.
Pastu cuci dia elok2, amek isi dalam dan asingkan biji2 hitam (sebab bijinya leh wat batu kira2)
takyah blender, bubuh air dalam jag tambah gula n masukkan buah.
pastu masukkan pulak dalam plastik aiskim cap kingkong.haha..sejukkan dan makan!!

Dulu masa kecik2 umah selalu takde karen (style english mix jawa) or current.
so berbekalkan lilin cap nenas yang warna merah yang cina selalu wat sembahyang kat tokong.
kalau guna lilin putih tu cam tak terang je umah..lagi satu cepat habis..
kan masalah..oh ye berbalik pada gambar tadi, bila dah pasang lilin, try la wat bentuk2 haiwan.
Di sebabkan takut nak tido time gelap, buat bentuk kambing berbual..korang leh la cuba praktis kat umah.
matikan je power supply kat umah n buat2 xde karen even umah sebelah terang benderang.
kalau nak gelap semua, matikan main power supply..happy 1kg or taman xde current.

ohh,,,gam kesukaan ramai..20sen je dulu..
sekali pijak tepancut di jalanan..hahaha...yang besnye gam ni sebab dia melekit2
(nama pon gam) nak buat layang2 sonang..masa kecik2 tampal2 gamba kat buku..
sampaikan buku tu leh jadi tebal dek kerana gam yang tak sistematik malahan plastik..

Asam ni...asam duit-duit.sebab bentuk cam duit syiling..
benda ni dah selalu di gunakan dalam pembuatan kek lapis asam manis.
Kalau ibu yang wat, anis tukang makan asam nye..1 untuk kek, 5 masuk mulut...
budak2 zaman sekarang, asam cenggini dah tak pandang, malah di pijaknya.
Hina sungguh asam zaman aku nih..

Yang nih..belon gas2 sebab bila tiup bau gas yang taksedap.
tapi best..pintal banyak2 kat straw, celup2 dalam mulut supaya dia bulat dan tak bocor bila ditiup.
nak tiup pun kena ada sklill kena slow2 pastu bila ada bocor je kena kemamam guna bibir.
Dah dapat sebiji belon, tekup kat muka..pastu tenyeh2 kat muka sebab nak letupkan belon yg kecik2..
dulu rege dia 20sen je.taktau la sekarang.

Kesimpulannya, habit dan kesukaan anis nih tak banyak beza dengan sekarang pun.
sebab zaman dah kembali..waullahualambissawab
0

IMPIAN SAYA



Shahizul Annuar & Siti Anisa





Website Signs
Back to Top