Showing posts with label my JOHOR. Show all posts
Showing posts with label my JOHOR. Show all posts
0

Hometown : Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum..
Diam tak diam dah 20 hari kita menyambut hari kemenangan bagi 
umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Oh ya! Masih sempat lagi Anis nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

jika terdapat entry2 Anis yang menyinggung perasaan ataupun hati korang.
So, entry kali ni Anis nak kongsikan kat korang
kemeriahan semasa Anis menyambut hari raya pertama 
kat kampung halaman orang tua Anis.

Umairah, model tudung Faridah.

Dari kiri : Angah, Najiha, Nek Ma, Anis, Umairah & Uda
Tiada : Kak Long

Family Najiha with Tok Abah & Nek Ma

Normal itu kalau merajuk.




Ketiga-tiga gambar ni masa kitaorang tengah makan kat open house anak angkat Nek Ma.
Budak berdua ni syok macam cerita Princess kat kebun pisang.
Besar dah anak buah aku ni..sigh.


(Sila buat gambar ni berbunyi)

"Kami daripada Keluarga Hasnan Bin Riduan & 
Fainah Binti Suraji..
kami ucapkan 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin."

3

Jadual Kembara Mahkota Johor 2012




Jangan lupa singgah Kampung Puteri Menangis ye...kampungku syurgaku..
(right click new tab for big display)

Alahai Macdonald

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'

Sekejap je masa berlalu.
Sekejap jugak lah Macdonalds ni nak siap.

Nak naik signboard hat tinggi uh..



Temuduga Pengambilan Krew (Sepenuh Masa & Sambilan)
Di Macdonald's Pontian, Pontian Kechil

Tempat : Hotel Pontian
Tarikh : 21.April.2012
Jam : (senang citer standby je pagi2 kat Hotel Pontian)
Nak elak masa terbuang : (Tolong2 la orang siapkan Macdonalds tu)

Ok ye! Jangan lupa singgah di Restoran Aroma Klassik
(Medan Ikan Bakar Pontian Besar, Depan BHP)
Aku dah rasa tomyam dia,,terbaik..!!! Try jugak Prown Butter or Nestum.
Harga dijamin setanding dengan makanan yang di hidang.
(sebab aku dah survey dulu)






سلامت برعمال...السلام عليكم

Aku Seketika Dulu


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Assalamualaikum,,hari ni terajin update sebab stress mengenangkan bos.
Lantak p la takmo pikiaq dah..semoga Allah membuka hatinya untuk memaafkan kesalahan anis..

Takmo sedih takmo apa2.
Hari ni nak sharekan zaman kegemilangan kanak-kanak ku dahulu.
Kira dah menjadi TEBIAT la jugak dengan benda-benda nih..

yang ni nama nya anis bagi "aiskim tailand" n rege 10sen je.
sebab ibu cakap aiskim ni tak elok buatan thailand.
Sebenarnya saja tak kasi anak dia sakit perut sebab banyak sangat minum benda nih.
cara paling rare nak minum dia, gigit yang bahagian atas tu, pusingg....pusinggggkan sampai
putus, then sedut sampai habis,,dah habis, tiup2 macam jantung mengepam darah.
Kalau yang tak biasa, SEMPUT jawapan dia..hahaha

Yang ni jadi bisnes bila kat sekolah agama (sebab ku kelahiran Johor)
tiap2 malam mintak ibu buatkan aiskim nih, masa tu tak reti nak pintal lagi.
Bila dah sejuk jual kat sekolah, leh untong maaa...20sen taw,.jual kat bakul motor pun laku.
(jual kat motor sebab jual secara haram)
faveret kawan yang specialnya aiskim anis, aiskim DURIANBELANDA..
takde nya yang perasa2 nih..ni buah pure asli dan original maa...sedap taw,
Korang cari la kat memane esp Giant ke, pokok umah jiran ke, amek pulak yang masak taw.
Pastu cuci dia elok2, amek isi dalam dan asingkan biji2 hitam (sebab bijinya leh wat batu kira2)
takyah blender, bubuh air dalam jag tambah gula n masukkan buah.
pastu masukkan pulak dalam plastik aiskim cap kingkong.haha..sejukkan dan makan!!

Dulu masa kecik2 umah selalu takde karen (style english mix jawa) or current.
so berbekalkan lilin cap nenas yang warna merah yang cina selalu wat sembahyang kat tokong.
kalau guna lilin putih tu cam tak terang je umah..lagi satu cepat habis..
kan masalah..oh ye berbalik pada gambar tadi, bila dah pasang lilin, try la wat bentuk2 haiwan.
Di sebabkan takut nak tido time gelap, buat bentuk kambing berbual..korang leh la cuba praktis kat umah.
matikan je power supply kat umah n buat2 xde karen even umah sebelah terang benderang.
kalau nak gelap semua, matikan main power supply..happy 1kg or taman xde current.

ohh,,,gam kesukaan ramai..20sen je dulu..
sekali pijak tepancut di jalanan..hahaha...yang besnye gam ni sebab dia melekit2
(nama pon gam) nak buat layang2 sonang..masa kecik2 tampal2 gamba kat buku..
sampaikan buku tu leh jadi tebal dek kerana gam yang tak sistematik malahan plastik..

Asam ni...asam duit-duit.sebab bentuk cam duit syiling..
benda ni dah selalu di gunakan dalam pembuatan kek lapis asam manis.
Kalau ibu yang wat, anis tukang makan asam nye..1 untuk kek, 5 masuk mulut...
budak2 zaman sekarang, asam cenggini dah tak pandang, malah di pijaknya.
Hina sungguh asam zaman aku nih..

Yang nih..belon gas2 sebab bila tiup bau gas yang taksedap.
tapi best..pintal banyak2 kat straw, celup2 dalam mulut supaya dia bulat dan tak bocor bila ditiup.
nak tiup pun kena ada sklill kena slow2 pastu bila ada bocor je kena kemamam guna bibir.
Dah dapat sebiji belon, tekup kat muka..pastu tenyeh2 kat muka sebab nak letupkan belon yg kecik2..
dulu rege dia 20sen je.taktau la sekarang.

Kesimpulannya, habit dan kesukaan anis nih tak banyak beza dengan sekarang pun.
sebab zaman dah kembali..waullahualambissawab
0

**Senarai2 Menteri Besar Johor



  1. YAB Dato’ Jaafar bin Muhammad 1886 - 1919
  2. YAB Dato’ Mohamed bin Mahbob 1920 - 1922
  3. YAB Dato’ Abdullah bin Jaafar 1923 - 1928
  4. YAB Dato’ Abdul Hamid bin Yusuf 1931 - 1934
  5. YAB Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid 1935 - 1947
  6. YAB Dato’ Onn Jaafar 1947 - 1950
  7. YAB Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohamed 1952 - 1955
  8. YAB Dato’ Idris bin Ibrahim 1955 - 1959
  9. YAB Tan Sri Hj. Hassan Yunus 1959 - 1967
  10. YAB Tan Sri Othman bin Mohd Saat 1967 - 1982
  11. YAB Datuk Abdul Ajib bin Ahmad 1982 - 1986
  12. YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin 1986 -1995
  13.   YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman 1995 - kini

0

**JOHOR Gerbang Selatan


Johor merupakan negeri paling selatan dan ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Merangkumi sepuluh buah daerah, Johor menjanjikan pantai yang putih berseri, pulau yang indah, hutan tropika yang masih belum diterokai, gunung-ganang yang menghijau, kelazatan makanan serta pengalaman budaya yang tidak mungkin dapat dilupakan.Johor Bahru, ibu negeri Johor, cukup terkenal di kalangan rakyat Singapura untuk berkunjung pada setiap hujung minggu bagi membeli belah dan menikmati juadah.

Jika anda merupakan peminat sukan golf, Johor merupakan negeri yang mepunyai jumlah padang golf yang tertinggi di Malaysia dan ianya berstatus dunia.

Kepada pencinta keindahan pantai dan peminat sukan air, Johor mempunyai persisiran pantai yang cukup luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau terdapat di dalam negeri Johor. Antara pulau yang terkenal adalah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar and Pulau Pemanggil di mana cukup termashur dengan kejernihan air bak kristal, keputihan pasir dan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Kesemua faktor tersebut sudah cukup menjanjikan kepuasan untuk menyelam dan melakukan pelbagai aktiviti air.

Pencinta alam akan mendapati seperti berada di syurga apabila berada di Taman Negara Endau Rompin yang terletak di sebelah utara Johor. Ia juga merupakan antara hutan simpan yang masih tinggal dan mungkin antara yang tertua di Malaysia dengan pembentukan batu-bata yang mencecah usia 248 juta tahun. Pulau Kukup iaitu sebuah pulau yang terletak di tenggara Johor, merupakan hutan paya bakau yang kedua terbesar di dunia.

Sesungguhnya banyak lagi destinasi tarikan yang boleh diperolehi di Negeri Johor.

p/s: Sebarang pertanyaan atau penyertaan sila klik gambar portal rasmi di atas.

0

**Kembara Mahkota Johor 2011

Berdasarkan tajuk dan gambar di atas sudah
membuktikan anis begitu berbangga sebagai anak jati Johor.
Dengan program yang di lancarkan oleh Tunku
semenjak baginda bergelar Tunku Mahkota Johor dan kini baginda
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,
sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor, baginda
amat di segani setiap kalangan penduduk di negeri Johor.
Penantian rakyat berakhir apabila di umukan bahawa
baginda mencemar duli lebih2 lagi apabila Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi tahun 2011
membuka tirainya pada 18Jun2011. Tema pada kali ini lebih mendekatkan
diri baginda dan rakyat jelata kepada alam sekitar melalui tema
"Penjagaan Alam sekitar Tanggungjawab Kita".
Bersama dengan itu, baginda mencemar duli pada kali ini berlainan sekali dengan tahun2
yang lepas oleh kerana baginda bukan sahaja menunggang
motor berkuasa tinggi dan pacuan empat roda malah baginda juga
membawa bot sebagai altenatif baginda terhadap perairan sekitar daerah
di negeri Johor.

Berikutan dengan itu,
anis dengan berbangga dan menyeru kepada blogger2 jati Johor
turut sama menyemai sikapkebanggaan kita terhadap sultan.
berikut adalah jadual
mengenai Kembara Mahkota Johor
Johor Darul Tak'zim
Daulat Tuanku




Website Signs
Back to Top