Showing posts with label KISAH aku. Show all posts
Showing posts with label KISAH aku. Show all posts
0
Officially 
I'm Married..!!!

Shahizul Annuar & Siti Anisa

Bertunang : 03.June.2012
Bernikah : 06.Mei.2014
Berinai : 09.Mei.2014
Bersanding : 10.Mei.2014
Bertandang : 17.Mei.2014

Bernikah


Berinai


Bersanding










Tempat : Teratak Bonda, Pontian, Johor
Tarikh : 10.Mei.2014 (Sabtu)
Jurugambar : Raja Hasry Raja Ismail
Photog : Picturesque Photo Studio
Wedding Planner : Andaman Sri Pinang, Pontian
Berinai : Beautifull Henna (Siti Athlia)
Tudung Nikah : Fareeda Nyata Jelita
Baju Nikah : Handmade
Khemah : Hanany Canopy & Catering Batu Pahat, Johor
Cake : Suhaila Fadhzilah
Candy Buffet : DIY Anis & Makcik (Rita MH)
Guest Book : DIY Handmade
Hantaran : DIY Myself
Kad Jemputan & Banner : Amierieda Creative
Baju Family Lelaki : Oren Sports
Baju Family Perempuan : Jakels



Bertandang






Tempat : Villa SJ, Pontian, Johor
Tarikh : 17.Mei.2014 (Sabtu)
Jurugambar : Raja Hasry Raja Ismail
Photog : Picturesque Photo Studio
Wedding Planner : Andaman Sri Pinang, Pontian
Berinai : DIY Anis
Bunga Tangan : Kedai Bunga May Pontian
Khemah : Hanany Canopy & Catering Batu Pahat, Johor
Pulut Tower : Kak Long Hubby
Guest Book : DIY Handmade
Tudung Family : Chenta Watie Scarf
Baju Family Lelaki : Oren Sports
Baju Family Perempuan : Nagoya Textiles

0

Anniversary Yang Terlambat

Assalamualaikum..
Allahuakhbar....Alhamdulillah Ya Allah..
Tak dapat nak ungkapkan dengan perkataan bila nampak je sidebar dalam blog nih..
Eh..dah 5 tahun 2 bulan 1 minggu dan 5 hari perkenalan anis dan dia.
Dan pertunangan kami dan 7 bulan 2 minggu 4 hari..
Ketar lutut dan lengan kejab..sambil tu keluar muscle2 yang rapuh..eh asal cepat sangat masa berlalu eh..
Dah nak rasa2 nasi minyak sendiri la..(statement gatal) hihihi..
Ermm..........
.....................................................
............................takde modal.............................
......................................................
just pandang je gambar nih..dan fikir sejenak..
Nak capai masa se-lama ni macam2 pahit dan manis kot..
Macam pelam kat Perlis ni..ade masam ada manis..even kulit kau hijau.
Macam hidup ni di samakan dengan roda..ada ketika di atas, ada ketika dibawah..
*Yang penting KEJUJURAN, KEPERCAYAAN dan IKHLAS.
Sekian terima kasih..

Perjalanan aku bersama DNS

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'

Assalamualaikum wbt
buat sahabat2 yang sentiasa menjadi sebutan
dalam doa2 ku.

Perjalan hidup tak seindah yang kita sangka.
Begitulah kisah aku sebelum tercampak bersama kalian.
(Hahaha tercampak tak bermaksud aku tak rela bersama korang ye)
Kalau sesiapa yang rapat dan tahu cerita ni
depa akan faham bahwa aku sebelum nak datang poli ni
aku berperang dengan jiwa dan perasaan.
Malah aku jugak berperang dengan kaum keluarga.
Oleh kerana..

"Aba,,ibu..Perlis jauh sangaaat......"
"Susah nanti nak balik Johor selalu..."
(alasan sebab takmo jauh dari family)

Ibu said :: "Takde yang mati pon kalau duk Perlis..
Orang lain boleh je duk oversea..tak mati pun melaikan Allah amik.."

Sigh..lepas ibu tu ibu report kat abangKI(ipar)
ape lagi kene basuh aku time tu,
then petang tu jugak la aku xray dada, beli cadar bagai(keperluan asrama)
yang lain esp Bankin duit la ape la aku buat 
pagi nak daftar politeknik.

Tugas2 yang aku beri:
Ibu : Call maksu beli tiket bas Johor-Perlis.
Kak ami : Aku kuakan baju kurung 1almari dan dia kasi lipat.
Nenek : Tolong kasi risau..
Abah : Kira duit..hahah
Kak na n abgKi : Anta uruskan aku kat bandar.

Kerja gila dalam masa 1/2hari.
Preparation ke politeknik.
(Panjang sangat..takrela nak sambung)





Oke,bila start 1st day aku kenal korang.
Cehh sume muka syok suci..hahahah
padahal korang la gula,,korang la garam. Thats Y la aku sayang ampa.

Kawan pertama aku kenal, 
Mira.
(sebab dia 1kapal dengan aku,mean budak Johor)

Lelaki yang start aku menyampah, 
SaifullahZahidi
(sebab aku aim muka dia budak bajet pandai)

Yang suweet,
Aswad Barney
(sebab mata dia je sweet bukan dia)

Yang comel,
Abey
(sebab dia ni chubby and baby face)

To gurls n boys: Aku makan masa nak kenal sebab tak semua aku
leh masyuk..bukan bermakna aku SOMBONG oke..
(ni Yana gitahu la aku cenggini awal2nya..haha(siapko)..)
Cuma masih belum terima kenyataan yang aku dah jejak Perlis secara tidak rela.

dan selepas SETAHUN SETENGAH
aku kenal korang dan sayang korang pun makin bunga2.cehh..
Aku tak layak nk judge korang dari luaran tapi aku kenali korang yang macam2 warna kehidupan dengan
KEAKRABAN.
Eha, Zura, Sara, Yana, Mira, Emy, Along, Wawa, Marni, Cha'ah. Dayah
Dayu, Aini, Hema, Marissa, Ain, Aisyah, Zira,Abey, Pullah, Fareez, Luqman, Shahrul, Aswad
Imran, Paan, Apek, Azrol, Shafiq, Bunjal, Hairi, Amin, Alif, PakDin, Azizi,(yg lain lupa,maap) 
Yang garang, yang suka gelak, yang kuat makan(esp ImranBobo), yang serius
macam2 pe'el. Tapi aku sayang persahabatan kita.
Walaupun macam2 benda jadi, 
AKU TAKNAK PK N TAKNAK AMEK TAHU lagi.
Sebab, bukan selamanya kita macam gitu.ye dak.
Sedangkan hujan tahu berhenti, kambing penat meragut(merepek).

Oke,bersempena dengan...(macam nak raya)
korang pegi PRAKTIKAL nih.
Aku ucapkan Selamat Maju Jaya dan Jaga Diri Baik2
(jgn mrempit,mrompak,mrempat,menculik,mcabul,merepek)
Yang penting..SAYANG kalian never end.

TO BE CONTINUED....(aku lupa r,dh ingat nanti aku sambung)
 


3

My Fourth Anniversary

Al-kisah..
Kisah percintaan bermula dengan
salah faham antara mrBf dengan classmate anis bernama F.
mrBf silap call dan tercall no F. Dari situ mrBf tanya salasilah mengenai F.
F cerita yang anis ni classmatenya dan kebetulan anis 1kampung dengan mrBf.
So satu hari mrBf call ajak anis pergi beraya di rumah F.
Anis temankan mrBf ni, ketika itu anis masih ade BF lagi. Tapi Allah lebih sayangkan dia.
(Al-Fatihah buat Helmie Bin Ahmad Jalil)
Oke, bila dah sampai je rumah F, F senyap je. Yang banyak borak cuma anis
dengan mrBf..n bla..bla...bla...

Sampai satu hari,
anis semakin rapat dengan mrBf selalu call dan mesej tanya khabar.
Kami jadi kawan baik. MrBf pon kawan baik kepada BF anis ni juga.
Lepas pemergian Allahyarham BF anis, anis hilang tempat meluah rasa.
MrBf yang banyak tolong anis. Pulihkan anis sedikit demi sedikit.
Bayangkan kita kehilangan orang yang paling kita sayang dalam sekelip mata je.
Anis teruk sangat2 waktu tu. Yang anis harapkan doa parents dan bantuan dari mrBf.
Anis lost,jiwa kosong dan macam2 bisikan yang membuatkan anis selalu salahkan diri anis.
Anis terkilan sangat2 selepas pemergian arwah.
MrBf selalu bawa anis pergi tepi laut, sebab situ la tempat anis buang jauh2 segala rasa tu.
Almost 3month anis baru pulih.
MrBf tak pernah lelah nak bantu anis. Anis mula sayangkan mrBf sampai lah sekarang.

Mesti ada yang salahfaham tentang tarikh anniversary anis 
sebab arwah pergi 26.11.2007
dan anniversary anis 09.11.2007.
Sebenarnya tarikh ni tarikh anis mula berkawan dengan mrBf.
Nak cerita tarikh mula rapat tu, anis dah lupa la,hehehe.
(so motif kami sampai sekarang bercinta tapi macam kawan)

See nak capai target bercinta tapi kawan tu macam pelik.
Itu idea 100% mrBf. Dia taknak bila kami point pada motif bercinta akan timbul
rasa cemburu yang meluap2, gedik yang tidak di sangka2 dan macam2 lagi.
Sampai sekarang anis macam kawan.
Anis tak kongkong hidup mrBf cuma ada kalanya anis akan kawal aktiviti yang
anis rasa tak elok.
Bukan apa, bila kita anggap mrBf ni kawan, jurang antara Boyfriend dengan kawan2 tak akan putus.
Nak explain satu hal. Tunggu post entry yang seterusnya mengenai kami.
Layan..
(yang kat atas tu mukadimahnye)

Berbalik pada tajuk post entry:
 Pejam celik, pejam celik dah cukup 4tahun berkawan.
Banyak juga rintangan dan halangan nak kecapi kebahagiaan.
Alhamdulillah hubungan yang anis sayang bertahan dan insyaallah berkekalan.

Terima kasih yang tak terhingga buat
my parents dan his parents sebab merestui hubungan kami
dan tak lupa juga family members yang lain.
Kalian dapat terima anis dan dia seadanya.

Untuk pasangan anis,
terima kasih sebab menerima anis apa adanya,
sanggup bertahan dengan kerenah anis, dan sanggup memenuhi impian anis
dengan berkat kesabaran kamu my dear.
Even anis selalu marah or bebling je itu bermaksud i'm really2 cares of u
and i hope i will love u after God and my parents.
I wish our relationship will never end and i hope we will together ever after.

Anis bersyukur sangat2 kepada Allah sebab
panjangkan usia perhubungan ni.
Insyaallah akan lebih bertambah baik dengan ikatan perkahwinan.
Di harap hubungan ini sentiasa di berkati Allah hendaknya. Amin ya rabbal alamin..

a special smile from us even gamba ni pecahpecah.

my dear.

Insyaallah ulangtahun yang seterusnya dengan ikatan yang
lebih baik dan bertambah barakah.



2

Kisah Semester1



Alkisah pada hari Semester Pertama..
Hahahaishh..teringat pada Mrs Puan Mui Lan yang mengajar ketika tu dengan subject Communicative English I..
Mengenai video di atas, nak gelak sakan sebab salah satu self confidence nye dengan nyanyi lagu ni.
Seronok beb. Listening test lagu nih sambil goyang kepala..hahhaa.
Lemon Tree Fools Garden

2

:: Kehidupan Hari Ini ::


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ketika jari menari2 di papan kekunci melontarkan segala rasa,
jiwa meronta2 untk meluahkan sesuatu,
hati meminta2 untuk bercerita.

Sekian lamanya anis tak post mengenai hal peribadi, sekian lamanya juga la anis
tak meluahkan rasa dalam hati.

Kehidupan dahulu,
sesungguhnya tidak sama dengan kehidupan pada hari ini.
Kekecewaan hati yang terluka,
di tinggalkan seseorang buat selama-lamanya,
meninggalkan seseorang berkorban demi kebahagiaannya,
menjauhkan cinta yang berlandaskan nafsu semata2,
mendekatkan diri dengan Ya Rabb,
mencintai seseorang yang mencintai diriku,
itu lah sekelumit Sebuah Pengalaman..

Diriku, annisa.
Menghitung hari untuk mengecapi saat2 kebahagiaan, saat2 kebebasan.
Jiwa yang tenang tak mampu anis kecapi tanpa hati yang membantu.
Kuatnya hati melawan arus liku2 kehidupan,
kegelisahan yang di alami ketika berjauhan dengan yang tersayang.
Oh bunda n ayahnda,
anakmu ini ingin sekali mengecapi kebahagiaan.
Doa kalian yang anakmu harapkan..
  
Tidak lupa juga kepada seseorang yang amat Dia sayangi sebelum diriku,
Allahyarham Helmie Bin Ahmad Jalil
semoga dirimu kini bersama kalangan2 orang yang beriman.

Dan segugus terima kasih buat,
MSF
kerana membuatkan aku tidak mudah jatuh cinta lagi.

0

*Cinta Suzana (Part I)



Cinta adakalanya menjadikan kita bahagia mahupun derita.
Bermulalah kisah penderitaan diriku 4tahun yang dulu...

Dengan bermulanya satu panggilan telefon aku berkenalan dengannya. Aku tidak mengenali empunya diri tersebut yang ingin berbicara dengan Suzana. Rupa2nya jejaka tersebut silap mendail nombor. Lalu jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Shahrul. Dari satu panggilan yang salah, kami saling berhubung dan saling mengenali perihal keluarga masing2 hingga satu hari Shahrul menanam hasrat untuk datang bertemuku.

Dengan perjalanan Shahrul tuk bertandang ke rumah, aku dapati ada sesuatu yang di sembunyikan daripadanya sehinggalah tanpa sengaja aku mengetahui bahawa Shahrul menipuku. Shahrul yang selama ini ku kenali sejak panggilan itu adalah 2pupu(sepupu punya sepupu) dariku. Patutlah aku di bangku sekolah Shahrul selalu memerhatikanku ketika aku pulang dari sekolah.

Selepas kejadian kantoinya, Shahrul atau nama sebenarnya Helmie sering berhubung dengan ku. Kami semakin rapat dalam membincangkan hal peribadi masing2.

Pada satu hari, aku ada bertanyakan mengapa Shahrul menipuku, lalu jawapannya adalah, beliau mahukan adik angkat perempuan disebabkan adik-beradiknya kesemua lelaki. Selang beberapa hari, aku jatuh sakit dan Shahrul yang membawa aku ke hospital. Layanannya baik dan beliau tak pernah mengambil kesempatan kepadaku. Aku dibawa ke rumah keluarganya lalu memperkenalkan aku sebagai adik angkatnya. Di situlah aku mengenali cara hidupnya walaupun kami bersaudara sekian lama tapi hubungan kami semakin erat terjalin. Layanan ibu bapanya baik dan lemah lembut terhadapku. Sungguh aku bertuah mempunyai sebuah lagi keluarga.

Semakin hari semakin sayang,,itu yang mahu aku ungkapkan mengenai kami. Aku sering berbalas pesanan ringkas (SMS) kepadanya. Keluargaku juga sudah mengenali dirinya kerana beliau sering ke rumahku. Shahrul juga ada mengatakan hasrat hati untuk menjalinkan hubungan istimewa kepada ku lebih dari seorang abang kepada adik. Di sebabkan aku masih solo lalu aku menerimanya dengan ikhlas. Kami merahsiakan hubungan istimewa daripada kedua2 keluarga.

Pada satu hari, ketika aku membelek handphonenya, aku dapati bahawa Shahrul mempunyai seorang teman wanita. Aku bertengkar dengannya. Hati siapa tak luluh jika orang yang selama ini kita sayangi mempunyai wanita lain. Aku amat sedih ketika itu. Selama seminggu jugalah aku berhenti untuk menghubunginya.
...................................ikuti selanjutnya kelak.......................




Website Signs
Back to Top