0

DIY : Flower Net


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
السلام عليكم

Semalam anis buat Flower Net untuk hiasan di veil yang akan digunakan pada hari tersebut.

Bahan-bahannya :
Lebihan kain net yang di buat veil.
Gunting pinjam kat ibu
Benang yang terjumpa kat beg belajar menjahit dulu2
Jarum yang ada sekali dekat benang tersebut


Potongkan kain macam kat bawah nih.



Pastu lipatkan kepada 2 bahagian.
( Yang garis putus2 adalah lipatan)

Then jahit di hujung kanan dan hujung kiri net.

Yang warna merah itu tanda jahitan. 
Lepastu terbalikkan net dan jahit di bahagian yang tidak berjahit.
Jahit jelujur taw. Dah siap, tarik kain sampai kain mengecut.
 Kemudian, kemaskan.
 TARAAAA.......!

 Besar 3 jari anis.

Bahagian cerutan kain net ini. Kemaskan.


Malam tadi dapat 6 kuntum flower net.

سلامت برعمال...السلام عليكم
0

HARAM MEMAKAN MURTABAK DAN ROTI CANAI TELUR...


Hukum asal makan roti canai telor dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telor yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telor dalam masakan, hendaklah membasuh telor terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.” Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: "setiap daging yang tumbuh daripada yang haram,
maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)". Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam.

p/s : So sebelum nak order tu, tanya dulu la, ane telur basuh tak...hahahah
0

Tahukah anda : Kisah Kucing Rasulullah


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'السلام عليكم 

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.

Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.
By: Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku Kerana Allah Taalaسلامت برعمال...السلام عليكم

0

Pemikiran Alam Baru


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'

Assalamualaikum..
Salam pada hari terakhir pada bulan April..
Salam pada hari permulaan bulan Mei.
Hari ni dengan rasa syukur ingin meluahkan rasa debaran yang bakal berlaku.

Semalam mak mrBf mintak try cincin.
Nak ambik saiz katanye..bermakna harini nak beli cincin untuk hari tersebut.
Kalau nak beli, baik beli time emas tengah murah..kalau korang nak beli time mahal pun boleh sebab nak tambahkan tabungan si tokey emas..bagi aku TIDAK..harus JIMAT..
Berkaitan dengan jari aku, mrBf kata jari aku gemok2..SO??
beruntunglah wahai wanita yang mempunyai jari gemok2 sebab cincin yang bakal tersarung indah dijari itu agak besar dan nilainya juga BESAR..oleh itu, mrBf ku rugi sedikit oleh kerana jari aku.

Mengenai hantaran..
Semalam jugak mak mrBf mintak tambahkan hantaran on my side and him..
Coz nampak sikit untuk dibawa oleh 45orang on his behalf..bermakna 7 berbalas 9..
Dan time tu juga kepala pening nak tambahkan ape untuk hantaran nanti.

For mine:

Tema : Dustry Pink mix Pastel Chocolate 
1) Sirih junjung
2) Kain pasang + samping
3) Bunga rampai
4) Telur masin
5) Set sembahyang (sejadah + tasbih + kopiah)
6) Kek (xsure nak buat sendiri @ sponsor)
7) Coklat kegemaran mrBf
8) Wangian kegemaran si dia
9) Dalam fikiran lagi.

Dan kesemuanya aku nak buat sendiri bukan dari tempahan..
Akan terasa puas hati di dalam dada. Aiceh. Baju untuk majlis tersebut sudah ku hantar dan tunggu siap pada 15.Mei.2012 untuk fitting..di samping tu jugak lah nak DIY veil sendiri.
Baju tak sempat nak jahit sendiri memandangkan masa tidak mencukupi tapi anis akan jahit manik sendiri.
Semuanya aku akan post cara pembuatan bagi hari kejadian tersebut kemudian.
Kasi chance nak buat surprise kat korang tunggu2.

Checlist yang belum sattle :
1) Jurukamera
2) Mak andam
3) Backdrop
4) Menu Jamuan 

سلامت برعمال...السلام عليكم

Website Signs
Back to Top