0

Resepi Kek Pisang


Assalamualaikum,,
hari ni anis nak kongsikan kek kesukaan bonda anis.
Kek yang mudah di masak dan mudah di dapati.
Sekarang ni semuanya nak mudah, nak kek ape2 main order je.
Tapi yang specialnya mestilah kek hasil air tangan kita sendiri.
Anis pernah ingat kata2 nenek anis yang 

"..Bila kita suap anak dengan tangan kita, dengan penuh kasih dan sayang,
terdapat air di celah jari kita
yang mana akan membuatkan anak kita akan selalu dengar dan patuh dengan kata2 kita.."

Waullahualam..merepek dan meraban.
Hampir lupa pada tajuk entry kali nih..
Okey anis jumpa resepi ni di page iLUVislam.
Resepi lebih kurang sama dengan selalu ibu ajar anis buat.

BAHAN-BAHAN

4biji pisang (boleh guna apa2 pisang)
1 1/2cawan butter atau marjerin
1 1/2cawan gula
4biji telur
1sudu teh esen vanilla
4sudu besar fresh cream (boleh ganti dengan yogurt biasa)
2sudu besar lemon jus
2cawan tepung gandum
1sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder

CARA-CARA
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Bila dah kembang, masukkan telur satu demi satu.
3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan juga ke dalam
adunan tadi. (tidak perlu gunakan mixer, kacau sahaja)
4. Masukkan pisang yang telah di lenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
5. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga
ke dalam adunan. Kacau hingga sebati.
6. Sapukan loyang dengan marjerin dan masukkan adunan tadi.
7. Bakar pada suhu 160 degree selama 45-55 minit.

0 comments:

Website Signs
Back to Top