Alhamdulillah pada hari ni anis dapat update blog yang dah lama tak buka
oleh kerana banyak urusan untuk majlis di atas.
Ye anis dengan rasminya menjadi tunangan orang pada 3jun yang lalu.
Anis nak mintak maaf kepada sahabat-sahabat anis yang anis tak sempat nak jemput.
Berbalik dengan tajuk entry pada kali ni anis nak kongsikan
kat korang macam mana nak DIY bunga tangan yang anis buat pada hari majlis haritu.
Firstly, benda yang paling penting adalah bunga.
Tak kesahlah bunga apa yang korang nak dan korang suka. Anis pilih bunga ros sebab
ros ada lambang romantik..hehehe..anis survey banyak kedai bunga area Pontian.
Ada empat tempat.
1) Kedai Bunga sebelah Pontian Book Store
2) Kedai Bunga sederet One Stop Pontian Lama
3) Kedai Bunga sederet dengan Bank BSN area Tambak
4) Kedai Bunga jalan Taman Sri Aman
Oke pilihan anis, nombor 2. Sebab anis suka owner kedai yang friendly dan hagra boleh kautim baik.
NAK JIMAT..tips anis, anis beli 1jambak bunga yang datang terus dari cameron.
Beza beli sejambak bunga dengan sekuntum2 adalah harga. Kalau beli sekuntum harganya RM1.50 - RM2.00 harga pasaran. Kalau beli sejambak 20kuntum berharga RM30.00. Jimat RM10.00 wat beli minyak kereta comel anis. Nak lagi murah beli sendiri kat Cameron Highland sejambak dengan harga RM5.00.
Anis BAJET RM50.00 untuk bunga. So anis dah boleh save RM20.00.
Lepas tu dengan baki yang ada, anis tambah order White Peacock (Bunga kecik2 tu) sejambak jugak.
Memang banyaaakkkk sangat anis dapat. Letak kat sirih dan bunga tangan jugak.
0 comments:
Post a Comment