BLUETOOH KEBENCIAN

IMPAK BENCI KEPADA MANUSIA :

* Berpecahnya satu hubungan silaturrahim.
* Perkara benar jadi bercanggah.


Paling-paling pun kau boleh buat orang sakit hati. Nasib baik dapat buat orang nangis. Dapat ajak orang setuju dengan kau.

Pastu join kebencian kau.

Kau harap apa dari kebencian kau sebenarnya?

Dia tergolek? Kereta kena tarik? Gaji kena potong? Mati masuk gaung? Hutang makin naik?

Hanya untuk kau lafaz 
“PADAN MUKA KAU, SEKARANG AKU PUAS

Tapi hakikatnya semua benda dah tertulis jelas. Kau tunggulah macamana pun, jatuh bangun orang tak pernahnya kerana kita. Tapi atas takdir yang kita hanya nampak bila dah lepas.

Sudah-sudahlah tu..

Tak untung apa menyebar benci.
Paling-paling kau dapat pun nanti, kau bikin orang kau benci itu nangis dan sakit hati.

Tu je..

Takkan lah hidup kau macam tu SEKALI SUNYINYA sampai tak ada objektif hidup selain yang ini?

-Fynn Jamal-

Back to Top