Dilema Wanita


Ni layan jab wajah anis yang kecewa dan frust di + dengan dilema.
Uwarghhh...minggu final exam, quizes, labs, submit project n accept latest project.
Dengan kerenah lect yang kejap muncul kejab hilang.
Kelas kejab ada kejab cancel.
Dengan sikap kawan2 yang macam2 peel.
Lagi bape minggu lagi nak final exam empat paper
*Internet Services
*Database System
*Object Oriented Programming
*Open Source
Then kene spend 1week untuk 
Sijil Cisco (Ccent).
Baru family n mrBf nak amek dari JoO ke Perlis.
(eksited)

Minggu depan nak release tension balik rumah di JoO sebab
nak sambut Hari Raya Haji.
(Sebenarnya nak mengadu dan mengeluh rasa kat bunda)

Bila mrBF call ade berita dari bakal pak mertua
uwwwaaaa..dia nak kami langsung cepat2

" Bakal Pak Mertua(BPM) : Jadi nak ikat bulan6 nanti..?
mrBF : Hurm..tengok belah sana kalau OK ye OK.
BPM : Kalau jadi bulan6 langsung bulan8 la..
mrBF : Errkk,..awal sangat bah. 

Silly girl tak abes study lagi.
BPM : Ikut kau lah, jangan lama sangat. "

Oh bakal mertua ku..
bakal anak menantu mu ni tengah membelek buku yang
tak habis2 lagi. Selagi rambut tak gugur dek persue study selagi tu takleh pijak pelamin.
Impian nak buad dapur mak dulu (dalam rancangan)
Kalau ade jodoh insyaallah terikat lah anak mu dengan silly girl ni ye..
(sigh)

ape2 pun anis tahu niat baik BPM anis.
Dia nak ikatan yang sah dan demi kebaikan anak kesebelasnye ni.
Insyaallah akan ku tunaikan..
(cewah)
*farwithlove
bakal_anak_menantu
0

5 Tips Kempiskan Perut

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Hari ni anis post tentang masalah perut buncit 

yang sering di alami oleh kalangan rakyat Malaysia.
Di sini anis nak kongsikan kepada korang TIPS KEMPISKAN PERUT anda.
1) Makan makanan yang betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemakdi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.
2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food
Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
3) Berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.
5) Latihan kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini.
Kredit : Scribd
p/s : khas utk En. Aizuddin
(to be continued)

Diet Secara Sihat

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera..
Hari ni anis nak menyingkap mengenai perihal KEGEMUKAN.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan obesiti atau masalah kegemukan itu? Secara amnya obesiti bererti pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.

Masalah kegemukan semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kini, lalu timbulnya pelbagai
masalah kepada ibu bapa untuk menitikberatkan mengenai setiap kandungan dalam makanan yang anak2 mereka makan setiap hari.

Pada hari ini anis nak kongsikan bagaimana
Cara Untuk Kurus Secara Sihat
BUKANNYA
Kurus Dan Cantik

Fakta mengatakan bahawa faktor kegemukan bayi yang lahir bermula dengan faktor pemakanan ibu ketika mengandung. Tabiat ini terus menurun kepada bayi seusia dalam kandungan lagi.
Bayangkan jika bayi di atas hidup membesar nanti?
Apakah masalah yang akan berlaku kepadanya.
Masalah jantung? Hati? Mungkin juga masalah buah pinggang?

"Tahukah anda minum air sejuk atau berais selepas makan akan memperlahankan
proses penghadaman.."

"Tahukah anda otak mengambil masa 10minit sebelum memberi isyarat kenyang.."

"Tahukah anda minum air sejuk atau berais selepas makan boleh membekukan makanan yang berminyak dan mengumpulkan ia menjadi lemak.."

Kalau anda tak percaya dengan pernyataan ayat terakhir di atas ini,
anda cuba sahaja di rumah dan buktikan sendiri.

Ambil bekas mangkuk yang berisi makanan yang berminyak.
Letakkan ais di dalamnya.
Biarkan satu hari..
Apa yang terjadi ialah, minyak tersebut berkumpul pada ais dan menjadi ketulan2 minyak.
Itulah yang menjadikan lemak.

Anis akan tunjukkan lebih banyak lagi proses DIET SECARA SIHAT
tanpa menggunakan PIL/UBATAN yang mengandungi kimia walaupun ia berasaskan sayuran mahupun buah-buahan. Dan tanpa mengeluarkan wang beratus2 hanya untuk KURUS.

Berikut adalah

TIPS DIET BERKESAN MODEL RASULULLAH SWT

KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.
Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah 
sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.

Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.
Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.
Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)
Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.
Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.
Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”
Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.
Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.
Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.
Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).
Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Sumber - Penulisan penulis ialah Penolong Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Web - www.jomdiet.com
Download percuma.!!!!
http://www.mediafire.com/?9j6wmzfzvaaxqpz )
E-book panduan diet.


P/s : tetiba teringat kat kawan baik yang sebok nak kurus..





0

Resepi Puding Lumut

Assalamualaikum wbt..
Di hari jumaat yang mulia lagikan bahagia anis tetiba rajin nak pos resepi.
PUDING BERLUMUT.

Dulu masa kat umah, bunda selalu wat puding nih.
And I am the first person yang abeskan.
Puding Lumut ni amat bersesuaianlah sangat kalau di jadikan pencuci mulut.
Tapi bagi anis, selalunya kat kampung puding ni di bubuh sekali dengan berkat.
Berkat ni kira macam bagi nasi dan lauk pauk ataupun kuih-muih.
(Biaselah anak jawa)

BAHAN2 NYA:
1 paket agar2
1/2 mangkuk santan
1 cawan gula
10 helai pandan untuk buat jus
(Kisar dgn air dan dapatkan jusnya)
2biji telur ayam (dipukul)
3mangkuk air atau lebih untuk mencairkan agar2

CARA MEMBUAT:
1. Cairkan agar2 di dalam periuk dengan air. Biarkan sehingga mendidih dan agar2 betul2 cair dan tidak berketul2.
2. Then, masukkan gula kacau hingga cair.
3. Biarkan bahan tadi mendidih.
4. Sementara itu, ambil mangkuk lain, campurkan santan kelapa tadi dengan telur yang di pukul. Kacau hingga sebati.
5. Kemudian masukkan jus ke dalam campuran telur dan santan.
6. Masukkan kesemua bahan yang di campur tadi seperti telur,santan dan jus ke dalam periuk agar2 yang sedang mendidih tadi. Kacau dengan api yang besar dan biarkan ia mendidih dan akan kelihatan bahan2 tadi berketul2 seperti lumut. Kacau seketika hingga mendidih dan kemudian tutup api.
7. Tuang ke dalam loyang.
8. Sejukkan di dalam suhu bilik lalu masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Selamat Mencuba

2

Easy Coleslaw

(wak google)

COLESLAW

BAHAN_BAHAN
1. Kobis putih 1kilogram
2. Lobak merah 150gram
3. Bawang besar 1biji
4. Mayonis 200gram
5. Susu tepung penuh krim 4sudu besar
6. Gula pasir 4sudu besar
7. Garam 1sudu teh
8. Cuka 1sudu besar
9. Bekas yang berpenutup.

CARA_CARA
1. Hiriskan dan cincang kobis, lobak dan bawang besar lalu masukkan dalam bekas.
2. Masukkan mayonis, susu tepung, gula, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul2 sebati. (Dalam bekas lain)
3. Tuangkan ramuan yang dah sebati tu ke dalam sayuran yang telah di cincang.
4. Tutup bekas dan simpan dalam freeze.
5. Coleslaw yang 'matang' dan siap untuk di makan selepas 12jam. 

P/S: Kalau tak suka bawang besar, tak bubuh pun tak apa, ni mengikut selera tekak anis.
Lagi satu, kalau nak banyak warna dalam coleslaw, boleh tambah kobis purple cuma
nanti mayonis akan bertukar warna sikit ke purple.

SELAMAT MENCUBA..!!

0

Kupang Goreng Pedas

(sumber wak google)


BAHAN_BAHAN
2 cawan isi kupang
(cuci, tos, gaul dengan 1/2 camca teh serbuk kunyit & sedikit garam)
1 biji bawang besar dan hiris
2 ulas bawang putih dan hiris
8 biji cili hijau dan hiris
1 inci belacan
1/3 jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kupang dalam 2-3 minit. Tolak tepi kuali dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau. Masak hingga bawang layu. Gaul bersama kupang tadi.

2. Satukan belacan bersama jus asam jawa, ramas sehingga sebati, masukkan dalam kuali, kacau rata. Tambah garam seculup rasa dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1-2 minit. Done it!
2

:: Kehidupan Hari Ini ::


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ketika jari menari2 di papan kekunci melontarkan segala rasa,
jiwa meronta2 untk meluahkan sesuatu,
hati meminta2 untuk bercerita.

Sekian lamanya anis tak post mengenai hal peribadi, sekian lamanya juga la anis
tak meluahkan rasa dalam hati.

Kehidupan dahulu,
sesungguhnya tidak sama dengan kehidupan pada hari ini.
Kekecewaan hati yang terluka,
di tinggalkan seseorang buat selama-lamanya,
meninggalkan seseorang berkorban demi kebahagiaannya,
menjauhkan cinta yang berlandaskan nafsu semata2,
mendekatkan diri dengan Ya Rabb,
mencintai seseorang yang mencintai diriku,
itu lah sekelumit Sebuah Pengalaman..

Diriku, annisa.
Menghitung hari untuk mengecapi saat2 kebahagiaan, saat2 kebebasan.
Jiwa yang tenang tak mampu anis kecapi tanpa hati yang membantu.
Kuatnya hati melawan arus liku2 kehidupan,
kegelisahan yang di alami ketika berjauhan dengan yang tersayang.
Oh bunda n ayahnda,
anakmu ini ingin sekali mengecapi kebahagiaan.
Doa kalian yang anakmu harapkan..
  
Tidak lupa juga kepada seseorang yang amat Dia sayangi sebelum diriku,
Allahyarham Helmie Bin Ahmad Jalil
semoga dirimu kini bersama kalangan2 orang yang beriman.

Dan segugus terima kasih buat,
MSF
kerana membuatkan aku tidak mudah jatuh cinta lagi.

Website Signs
Back to Top