2

+10 PERKARA anis SAYANG mrBF ANIS

A
s
s
a
l
a
m
u
a
l
a
i
k
u
m
*``first of all, anis bubuh dulu pic kami``*

Berkenaan Beliau:
*``*Dalam kandungan hasil perkahwinan
Haji Surip Bin Radyo & Hajah Jomaah @ Jumaah Bt Surono.
*``*Dalam kandungan bonda selama 9BULAN.
*``*Di lahirkan di Pontian, Johor pada 12JULAI1985.
*``*Diberi nama SHAHIZUL ANNUAR Bin Haji Surip.
*``*Dilahirkan sebagai LELAKI sejati.hahaha.
*``*Anak keSEBELAS daripada duabelas orang adik-beradik.
*``*Kini berumur DUAPULUHENAM tahun.
*``*Bekerja di salah sebuah syarikat milik abangnya.
*``*Ketinggian LEBIH dari anis.
*``*Berat badan KURANG dari anis.
*``*Nama gelaran Uncle Omen.

Perkara yang anis suka mengenai beliau:

PERTAMA:
Pandai MENGAMBIL HATI orang tua anis dan juga kedua ibubapanya.
Sebelum ambil hati anak, kene la ambil hati orang tuanya.
*Tidak SEMPURNA dimata tapi anis sanggup MELENGKAPInya.
Mula perkenalan anis dan annuar pada 09NOVEMBER2007.
Kini hampir genap EMPAT tahun kami bersama.
Walaupun pelbagai rintangan dan perbalahan yang kami lalui bersama,
kami takkan cepat melatah malah menguatkan lagi hubungan kami, insyaallah.

KEDUA:
Memiliki sikap SABAR dalam segala hal dan masalah. 
*Sabar itu separuh dari iman
Beliau tidak pernah
melatah dengan pelbagai ujian yang menimpa malah menjadikan dirinya
kuat dalam menghadapi ujian yang mendatang. Anis gemar merujuk setiap tindakan dan
pendapat beliau oleh kerana faktor usianya yang banyak pengalaman.


KETIGA:
Seorang pemandu yang anis boleh katakan SELAMAT dan CERMAT.
*Biar lambat asal selamat.
Tapi mrBF tak guna pon, hampeh.
Boleh meyakinkan anis untuk tidur dalam jangka masa yang lama sepanjang perjalanan.
Walaupun sering memandu laju tapi beliau tak pernah merosakkan hartanya iaitu kereta V6 kesayangan.
Dan harapan anis, beliau dijauhkan dari segala bala.


KEEMPAT:
Seorang PENCERAMAH yang hebat.
Hebat yang anis maksudkan apabila membebel atau berdebat dengan anis.
Confirm la anis yang kalah sebab mulut dia tak reti kalah.
Tapi semua yang di katakan oleh beliau anis akan pupuk dalam kepala anis dalam2.
Anis tak mudah nak mengalah sebab anis dapat asah minda nais dengan setiap
butir kata2 yang di keluarkan.
*Kata2 orang yang berpengalaman dan berilmu tak sama dengan kata2 orang yang tak tahu menahu.


KELIMA:
Seorang yang JIMAT berbelanja.
Kalau gurl2 yang lain, confirm kata mrBF anis kedekut, tapi bagi anis TAK.
Jimat yang di maksudkan disini, beliau ni jarang nak keluar shopping.
Time window shopping si mr.BF ni time raya Aidilfitrisahaja.
Time tuh, anis tak kan bising bila mrBF berbelanja lebih. Yang penting ape yang anis nak
mrBF akan bayo,,hahahaha,,untung la badan. N anis pon tak lah ambik kesempatan.
Anis akan mintak barang yang anis perlu sahaja.
Selebihnya mrBF yang ikhlas nak bagi.
Orang nak bagi, ambik jela kan.
*rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari.
Kata beliau, setahun SEKALI takpe, jangan berkali2 n 
beli ape yang kita PERLU bukan beli ape yang kita HENDAK.


KEENAM:
Mempunyai ORANG TUA yang memahami dan penyayang.
Serta mempunyai adik-beradik dan anak saudara yang ramai.
Walaupun agak sukar anis nak memahami setiap hati keluarganya, tapi anis kuat untuk
cuba memahaminya. 
Kuat tak kuat bergantung kepada hati seseorang.
*Ingin memiliki hatinya, beli dahulu hati keluarganya.
Sabar dan kuat itu sahaja yang anis kerah dalam hubungan bersama keluarganya.
Alhamdulillah penerimaan mereka amat anis hargai.
Oh ya! Rumah keluarga anis cuma selang 7rumah dan kebun2 dari rumah keluarga mrBF.
Kira2 400meter sahaje yow.

KETUJUH:
Seorang pekerja yang berKALIBER.
Kalau korang ada kat tempat anis, confirm korang mintak putus and cepat bosan.
Nak tahu kenapa?
mrBF sanggup bekerja pada hari AHAD.
Isnin hingga Sabtu dah terang lagi bersuluh la beliau ni kerja.
Satu hal lagi,
mrBF akan balik kerja paling LEWAT pukul10.00malam.
paling AWAL pukul 4.00pagi.
Bila bekerja, mrBF tak kan ada masa nak MAIN MESEJ!
So korang fikir la macam mana anis nak penuhkan masa tanpa beliau setiap hari.
Sebab tu la anis layan Blogging.
mrBF akan call bila ada benda penting ataupun perkara wajib yang mesti buat
call anis sebelum anis tido(kira time mrBF balik kerja)

KELAPAN:
mrBF suka bawak anis pergi jalan2
especially LAUT n MAKAN2.
sebab da takde port lain.hehehe.
Tapi bagi anis, anis tak kesah sebab beliau akan faham bahawa 
anis tak suka tempat yang too many peoples.
Bab makan kami sekepala.
Kami akan share makan steamboat, lambchop, aiskrim vanila, air milo tabur.
Kalau makan laki bini anis duk diam takmo order, sebab anis makan ape yang dia makan.
Tapi mukan yang kat dalam mulot mrBF la,,hadoy!

KESEMBILAN:
mrBF tak pandai nak ROMANTIK.
so ape yang anis gemar dengan part ni mesti menjadi kebencian wanita2 kat luar.
hahahaha...
kalau mrBF tak tahu nak bagi hadiah apa time besday anis,
anis akan mintak beliau sediakan $$$$ sahaja.
Anis akan bawak ke tempat yang anis nak sesuatu, anis akan ambik 1BARANG
dan mintak mrBF bayor..hahahha...
mukan nak belagak atau menunjuk, tapi ini anis boleh ajarkan kat korang
yang ade bf sepesis dengan mrBF anis.so tak dela korang
mogok tak dapat hadiah time besday nanti.

KESEPULUH:
Kami tak pernah sambut ANNIVERSARY.
Percaya atau tidak, mrBF tak ingat pun tarikh kami bersama.
Cuma yang beliau ingat berapa lama kami bersama.
Buat la mati2an nak ingatkan mrBF ni tarikh2 penting, kompom takde nye nak ingat.
Nasib bek besday anis beliau tak lupa,,,hahahahah

So the conclusion is,
terimalah kekasih hati kita apa adanya.
Kerana setiap kelemahan dan kekurangannya melengkapkan kehidupan
harian kita.
Bagi anis, SHAHIZUL ANNUAR la
mrBF yang paling the best in da world.
I wish Allah will care our relationship until we married and until we died.
Insyaallah..
*propa sungguh english languange anis.






2

+Alyah-Kisah Hati


 waa lgu ni la yang anis cari2 selama ni..
anis minat sangat dengan Alyah nih lagi2 terselit hero Malaya ni kalau tak bukan Remy Ishak..
waaa cemburu ye pun ade jugak sebab Alyah peluk Remy erat beb, APTB..
btw,overall lagu Alyah ni masyuk dalam hati anis..
tapi ada yang mengatakan yang Alyah ni suka berimej pelik seperti Lady Gaga,
yeke?? ni yang anis muskilkan ni..
bukan ape, anis kurang meminati Lady Gaga ni,n sure la korang mesti tahu kenapa kan.
so kalau korang nak lirik lagu ni, korang click kat lagu dari atas sampai bawah then ctrl C ok..tak pun korang share je.


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
0

**Senarai2 Menteri Besar Johor



  1. YAB Dato’ Jaafar bin Muhammad 1886 - 1919
  2. YAB Dato’ Mohamed bin Mahbob 1920 - 1922
  3. YAB Dato’ Abdullah bin Jaafar 1923 - 1928
  4. YAB Dato’ Abdul Hamid bin Yusuf 1931 - 1934
  5. YAB Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid 1935 - 1947
  6. YAB Dato’ Onn Jaafar 1947 - 1950
  7. YAB Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohamed 1952 - 1955
  8. YAB Dato’ Idris bin Ibrahim 1955 - 1959
  9. YAB Tan Sri Hj. Hassan Yunus 1959 - 1967
  10. YAB Tan Sri Othman bin Mohd Saat 1967 - 1982
  11. YAB Datuk Abdul Ajib bin Ahmad 1982 - 1986
  12. YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin 1986 -1995
  13.   YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman 1995 - kini

0

**JOHOR Gerbang Selatan


Johor merupakan negeri paling selatan dan ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Merangkumi sepuluh buah daerah, Johor menjanjikan pantai yang putih berseri, pulau yang indah, hutan tropika yang masih belum diterokai, gunung-ganang yang menghijau, kelazatan makanan serta pengalaman budaya yang tidak mungkin dapat dilupakan.Johor Bahru, ibu negeri Johor, cukup terkenal di kalangan rakyat Singapura untuk berkunjung pada setiap hujung minggu bagi membeli belah dan menikmati juadah.

Jika anda merupakan peminat sukan golf, Johor merupakan negeri yang mepunyai jumlah padang golf yang tertinggi di Malaysia dan ianya berstatus dunia.

Kepada pencinta keindahan pantai dan peminat sukan air, Johor mempunyai persisiran pantai yang cukup luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau terdapat di dalam negeri Johor. Antara pulau yang terkenal adalah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar and Pulau Pemanggil di mana cukup termashur dengan kejernihan air bak kristal, keputihan pasir dan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Kesemua faktor tersebut sudah cukup menjanjikan kepuasan untuk menyelam dan melakukan pelbagai aktiviti air.

Pencinta alam akan mendapati seperti berada di syurga apabila berada di Taman Negara Endau Rompin yang terletak di sebelah utara Johor. Ia juga merupakan antara hutan simpan yang masih tinggal dan mungkin antara yang tertua di Malaysia dengan pembentukan batu-bata yang mencecah usia 248 juta tahun. Pulau Kukup iaitu sebuah pulau yang terletak di tenggara Johor, merupakan hutan paya bakau yang kedua terbesar di dunia.

Sesungguhnya banyak lagi destinasi tarikan yang boleh diperolehi di Negeri Johor.

p/s: Sebarang pertanyaan atau penyertaan sila klik gambar portal rasmi di atas.

0

**Kembara Mahkota Johor 2011

Berdasarkan tajuk dan gambar di atas sudah
membuktikan anis begitu berbangga sebagai anak jati Johor.
Dengan program yang di lancarkan oleh Tunku
semenjak baginda bergelar Tunku Mahkota Johor dan kini baginda
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,
sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor, baginda
amat di segani setiap kalangan penduduk di negeri Johor.
Penantian rakyat berakhir apabila di umukan bahawa
baginda mencemar duli lebih2 lagi apabila Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi tahun 2011
membuka tirainya pada 18Jun2011. Tema pada kali ini lebih mendekatkan
diri baginda dan rakyat jelata kepada alam sekitar melalui tema
"Penjagaan Alam sekitar Tanggungjawab Kita".
Bersama dengan itu, baginda mencemar duli pada kali ini berlainan sekali dengan tahun2
yang lepas oleh kerana baginda bukan sahaja menunggang
motor berkuasa tinggi dan pacuan empat roda malah baginda juga
membawa bot sebagai altenatif baginda terhadap perairan sekitar daerah
di negeri Johor.

Berikutan dengan itu,
anis dengan berbangga dan menyeru kepada blogger2 jati Johor
turut sama menyemai sikapkebanggaan kita terhadap sultan.
berikut adalah jadual
mengenai Kembara Mahkota Johor
Johor Darul Tak'zim
Daulat Tuanku




0

*Happy Father's Day

Pada setiap 19 Jun,
semua mesti sambut hari bapa kn.
Ada yang beli kek, hadiah n macam2 lagi la tuk bapak,ayah,walid,papa n daddy
sebagai tanda penghargaan beliau kat kita.

Bagi anis,
hari bapa tak pernah anis sambut.
sebab anis akan hargai setiap hari anis bersama abah anis.
Tak ada kata yang anis boleh katakan,
kerana anis begitu sayangkan abah anis, even anis jauh tapi ada beberapa perkara
membuatkan kami rapat.

1. Bila anis duduk kat poli, abah akan salu call even 5minit sebab
nak tahu keadaan anak bongsu nye nih. Yang lucunye, abah sebok call
tapi nanti dia akan suruh ibu cakap la, anak sedara cakap la..ape2 jela abah.

2. Bila anis kat rumah di Johor, anis suka curi2 minum
air nescafe buatan abah sebab rasanya lain berbanding air yang anis buat.
Entah la kenapa air tangan abah ni lain kot. Kadang2 syok minum sampai 1/2 mug anis abeskan.
N abah salu cakap yang mug dye bocor.

3. Anis suka maggie masakan abah. Special beb. Mungkin bagi korang setakat
maggie je kan,,tapi yang lagi seronok abah anis masak dengan kasih sayang, bia la
maggie tu tak sedap ke, masin ke, anis tetap akan sua ke mulut jugak. 

4. Abah rajin ke dapur bila ibu penat balik kerja. Korang jangan la
fikir yang ibu anis tu malas nak masak lak, kadang2
abah anis yang nak ringankan tangan tuk masak, ape lagi kalau bukan nasi goreng kampung
abah. Pedas dye jangan tanye la, boleh buasir.hahaha.

5. Dari abah jugak la anis minat makan pedas2. Anis jugak
belajar masak sambal jawa dari abah,tapi 50% yang anis masak tak sama dengan 
apa yang abah ajar.huhuhu..

6. Abah anis pro dalam cat mengecat rumah. Tanye jela sesape yang kenal abah anis, sebab
abah amek contract mengecat. Sebab tu la rumah anis nak jadi macam tadika dek banyak
colour yang dye nak bubuh..

Kalau korang nak tahu sape abah anis,
tu abah anis..



0

*Tak Kenal Maka Tak Cinta


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

 5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, karena dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”.

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

 7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, karena saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. karena saat bersamamu tidak selalu terulang.

 8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. karena dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa. 

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – karena dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu. 

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. 

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menggetarkan dunianya. 

 14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ 

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BETE, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

 18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya. 

 21. Dan jika kamu coba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu karena sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

 23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, karena dia tidak mau kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, karena dia benar-benar mengerti apa itu cinta soooo sweet dan manis kn......


4

*Resepi Kuih Talam Jagung.

(amek dari wak google)

Assalamualaikum..
hye, hari ni anis tiba2 teringin nak makan kuih talam jagung ni.
resepinya pun mudah dan sedap je.
dulu time anis sekolah menengah dan menetap kat rumah family,
ibu selalu jugak buatkan kuih ni.
Bagi korang yang teringin dan nak tahu macam mana nak buat
kuih talam jagung ni,
anis ade penyelesaianya.

BAHAN2:

BAHAN LAPISAN BAWAH
1 cawan krim jagung
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

BAHAN LAPISAN ATAS
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

CARA2:
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
3. Kukus selama 30minit.
4. Kemudian, campurkan semua bahan lapisan atas dan tapis dalam periuk.
5. Kacau sekejap dalam 10minit di atas api yang kecil.
6. Bila adunan bawah sudah masak, cakar sedikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukus selama 20minit.
8. Sejukkan betul2 dan barulah dipotong.

~SELAMAT MENCUBA~



0

*Cinta Suzana (Part I)



Cinta adakalanya menjadikan kita bahagia mahupun derita.
Bermulalah kisah penderitaan diriku 4tahun yang dulu...

Dengan bermulanya satu panggilan telefon aku berkenalan dengannya. Aku tidak mengenali empunya diri tersebut yang ingin berbicara dengan Suzana. Rupa2nya jejaka tersebut silap mendail nombor. Lalu jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Shahrul. Dari satu panggilan yang salah, kami saling berhubung dan saling mengenali perihal keluarga masing2 hingga satu hari Shahrul menanam hasrat untuk datang bertemuku.

Dengan perjalanan Shahrul tuk bertandang ke rumah, aku dapati ada sesuatu yang di sembunyikan daripadanya sehinggalah tanpa sengaja aku mengetahui bahawa Shahrul menipuku. Shahrul yang selama ini ku kenali sejak panggilan itu adalah 2pupu(sepupu punya sepupu) dariku. Patutlah aku di bangku sekolah Shahrul selalu memerhatikanku ketika aku pulang dari sekolah.

Selepas kejadian kantoinya, Shahrul atau nama sebenarnya Helmie sering berhubung dengan ku. Kami semakin rapat dalam membincangkan hal peribadi masing2.

Pada satu hari, aku ada bertanyakan mengapa Shahrul menipuku, lalu jawapannya adalah, beliau mahukan adik angkat perempuan disebabkan adik-beradiknya kesemua lelaki. Selang beberapa hari, aku jatuh sakit dan Shahrul yang membawa aku ke hospital. Layanannya baik dan beliau tak pernah mengambil kesempatan kepadaku. Aku dibawa ke rumah keluarganya lalu memperkenalkan aku sebagai adik angkatnya. Di situlah aku mengenali cara hidupnya walaupun kami bersaudara sekian lama tapi hubungan kami semakin erat terjalin. Layanan ibu bapanya baik dan lemah lembut terhadapku. Sungguh aku bertuah mempunyai sebuah lagi keluarga.

Semakin hari semakin sayang,,itu yang mahu aku ungkapkan mengenai kami. Aku sering berbalas pesanan ringkas (SMS) kepadanya. Keluargaku juga sudah mengenali dirinya kerana beliau sering ke rumahku. Shahrul juga ada mengatakan hasrat hati untuk menjalinkan hubungan istimewa kepada ku lebih dari seorang abang kepada adik. Di sebabkan aku masih solo lalu aku menerimanya dengan ikhlas. Kami merahsiakan hubungan istimewa daripada kedua2 keluarga.

Pada satu hari, ketika aku membelek handphonenya, aku dapati bahawa Shahrul mempunyai seorang teman wanita. Aku bertengkar dengannya. Hati siapa tak luluh jika orang yang selama ini kita sayangi mempunyai wanita lain. Aku amat sedih ketika itu. Selama seminggu jugalah aku berhenti untuk menghubunginya.
...................................ikuti selanjutnya kelak.......................




3

KENANGAN DI BANGKU TADIKA.(edited from my FB)



Teringat zaman tadika dulu2,,
PAGI2..da kne kejut tuk mndi air sejuk,tp ats kasihsyg bunda aq dpt mndi air suam,,pastu kai baju wane biru plain n petak2..rambut lak bunda xkasi panjang bb alasan dye ckp tkut kutu hinggap kt kpala aq(sbb dulu kutu berleluasa),,emg xde chance la rmbut aq nk pnjang,kompom gunting da ade kt sisi bunda. Pas ciap2 bunda yg kai kan bju, kain,kai bedak,sikat rmbut pastu bunda anto g tadika yg bape ela dr umah..

SAMPAI TADIKA..salam bunda n aq ni bdk baik so xmintak duit jajan even kedai depan tadika je..firstly jumpe kengkawan.masuk je da nmpak muka cikgu tadika(kami panggil ibu)..yang aq menyampah kne gosok gg kali kedua kt tadika even kt umah bunda da gosokkn dgn ganas sekali..tekedek2 beratur pgang gayung dgn berus gg amek giliran nk colek colgate.(scene yg menyampah)..pas ciap2 gsok gg,,kne siram bunge plak,,pastu beratur lagi tuk amek Appeton beb,,sowg sebiji tp aq amek 2biji sbb kaki mgampu..then baru start la nk blaja kne nyanyi lagu tadika(aq xigt r lagunye), lagu negaraku n lagu johor.

WAKTU REHAT...time ni aq paling gemor..bb makan. mmbe2 aq sume beratur nk amek mkanan dgn pgang pinggan n cawan..yg aq plak straight pegi dapur mintak senrik kt dapur bb aq thu klu ibu bagi mst xcukop..febret aq bubur wane coklat,,ape tah name dye dgn air milo..pastu duk ramai2, bace doa n sebut "jemput makan ibu, jemput makan makcik,,jemput makan kawan2"..hampeh(smpai skg aq maseh igt part 2)

WAKTU BLAJA LG..part aq suke adalah kaler2,,koleksi dlm beg aq wajib ade colour pencil yg beso..klu yg kecik sng ilang maa...hahaha,,alasan.agk ilang 1batang,,aq kompom gthu kt bunda nk yg baru..nk mintak mukan sng beb, cm anta borang kne mntak klulusan bpak aq dulu..klu xjgn arap.

WAKTU BALIK...aq org first duk depan skali dlm line nk beratur...sbb aq nk bla cepat2...dsbbkn bdn aq agk besar n tinggi ket dr yg lain,so xde la brani nk lwan aq..(kdg2 je)..

SAMPAI RUMAH,,,tggu dpn tv n hisap botol beb,,air milo xpon air sirap buatan bonda...
(aq smpai umo 6tahun je beb isap botol 2pon ats konspirasi akak aq nk dengki botol aq dbuang)

Website Signs
Back to Top