0

*Hindari Sindrom Gangguan Usus


Assalamualaikum...
hye pembaca, hari ini anis nak share kan kepada korang mengenai perihal KESIHATAn yang selalu korang abaikan.

Jika korang yang selalu mengabaikan kesihatan, simptom seperti tajuk di atas ni korang bace la link kt bawah nih..

Utusan Malaysia Online - Kesihatan


kalau korang yang kuat makan,,,baca nih yer..
2

*Ikan Panggang Darat

Assalamualaikum..
hari ni anis nak post satu lagi entry berkaitan resepi orang2 
belah Utara iaitu negeri Perak.

Di perairan negeri Perak,
terdapat berbagai jenis ikan air masin yang menjadi tarikan
pemancing dan penggemar makanan laut.
Berbalik kepada tajuk entry anis pada hari ni, anis nak tunjukkan satu
resepi iaitu
Ikan Panggang Darat.

Sejarah ikan panggang darat ni kalau korang nak tahu,
nelayan masa dulu gemarkan juadah ni.
Di sebabkan mereka ke laut, jadi mereka tak dapat nak bakar ikan tu kat laut,
jadi nelayan ni buat la resepi macam ini bagi memudahkan mereka
menikmati makanan kegemaran mereka ni..

BAHAN2 NYA:
2ekor ikan jenahak
2cawan santan
10tangkai cili kering
3batang serai
2biji bawang besar
Belacan
1/2inci halia
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa

(KISAR)

CARA MEMBUATNYA:
1. Panggang ikan jenahak tersebut terlebih dahulu.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan santan dan air asam jawa.
4. Masukkan garam,gula dan bahan perasa.
5. Curahkan bahan tumis tadi ke atas ikan tersebut.
6. Siap dan hidangkan.


0

*Old School

Assalamualaikum wbt.

hari ni anis dapat meluangkan sedikit masa tuk update blog..
anis makin busy dengan kerja.
tetiba anis teringat zaman2 sekola menegah la pulak,,,
dulu anis menetap di 5 Al- Batani
yang dibawah pengelolaan Puan Sarah Binti Ahmad,
banyak pengalaman pahit dan manis anis bersama sahabat2 anis..

Okeh,,
ni anis sertakan hari terakhir sebelum exam.
jamuan akhir tahun bagi form5..
(bole la korang tengok muka anis yang comot zaman sekola dolu2)
anis yang tengah dan hadapan sekali..
baju ade nama Ecute.
yang ni lak geng lelaki..
depa ni selalu menceriakan hari2 anis kat sekola dulu2.
even kami selalu bergaduh,,tapi hubungan erat itu tetap dan harus ada.
ha yang ni jangan tanya siapa.
ideham & dyna
Saiful & anis
kekasih gelap ku gitu,,hahahahha

begitulah wajah2 sahabat anis ketika
di bangku sekola menegah..





5

One Lovely Blog Award

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
sekian kali nya anis da tak update blog nih,,,
rindu pada blog pon ada,,rindu nak blogwalking blog2 member pon tak sempat.
alahai hati..di sebabkan cuti 2bulan ni, anis prefer tuk kerja.
So anis dapat kerja kat office makcik anis iaitu Peradine System kat Taman Universiti, Skudai, Johor.

Di Peradine System.
anis just tolong kerja2 apa yang patut,,ni pun office makcik..tah la anis
tak tahu nak wat ape, so sempat la juga anis nak update blog and facebook..

Sementelaah 2,,anis bila buka blog
anis terkejut yang amat sebab anis dapat
AWARD!!!

BTW thanks kepada sahabat baik anis
yang bagi award ni kepada anis,,terharu la sebab baru pertama kali anis
dapat award sejak dekatkan diri dengan blog nih..

Okey..
7 perkara mengenai Cik Anis:

1. Name baby adalah Echute.
2. Orang salu kata yang anis ni anak sulung sebab mind macam orang2 yang matured
tapi sebenarnya anis anak bongsu dari 4orang adik beradik.
3. Paling manja tapi tak suka tunjuk (malu).
4. Meminati warna purple (creative).
5. Empunya lappy Compac Presario CQ--, Hpn Nokia X3 & Nokia E71, jam StarWars(cmbebudak)
6. Memakai cermin mata (bila perlu).
7. Amat mencintai orang di sekelilingku.

Anis kene tag 15orang..
tapi hanya ini yang termampu.

blog AIEN
blog KIKIN 
blog PIEJA
blog AYU HAZWANI

kenapa anis tag mereka nih?
sebab anis minat dengan perisian jejari halus mereka dan mereka adalah
Sahabat Baik anis.

Kepada kawan-kawan yang semua
harap-harap sudilah terima award ini
1. Copy imej award pada entry baru anda..
2. Buat link pada pemberi award
3. Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda.
4. Tag pula 15 blogger pilihan anda.
5. Alasan kenapa tag blog mereka.

Website Signs
Back to Top