5

*Sem Holidays Comes Back

Assalamualaikum,,,
waaa exam sudah habis pada 27/04/2011 Rabu.
dengan bersungguh2 anis packing barang2 untuk di simpan,,
dan siapkan segala barang2 tuk di bawa pulang..

Petang tarikh tersebut,
anis da bergerak menaiki bas dari Bustand Kangar ke Kajang.
Anis decide nak duduk umah kakak anis kat sana.
Anis sampai kat Kolej Kemahiran Mara Beranang pada jam 12.00mlm.
Letih memamg letih,,tap lagi letih naik bas dari Perlis ke Pontian.

Ketika di Kajang.
Anis sakan nak jalan2,,sebab memikirkan
kalau anis kat uamh confirm la malas nak kua berjalan except dating..
hahahahhaha....hampeh.

Tadi malam,
28/04/2011 Khamis.
Kakak ajak anis p jalan2 n pekena nasi lemak antarabangsa kat
Kampung Baru.
1kereta bersama kakak,abang ipar dan juga Mia.

Anis amek:
-Nasi Lemak,
-Sambal sotong,
-Sambal biasa,
-Telur goreng mata.

ni kakak anis dengan mia.

berlatarkan KLCC.
anis tanpa secalit makeup dan serabai,,hahaha
Then melepak di Dataran Merdeka.
gigil style,,haha

anis dan purple
ha yg ni pic tkezut tp tbaek,,

lastly ingat nak singgah macD,
tapi semua da pakat mengantuk so balik umah terus.











2

*Unexpected things happened


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
di sebalik kesibukan dalam mentelaah buku dan mesej2 dr sahabat dan
tersayang, (MESEJ??? dr tsyg? hampeh) sempat juga anis post entry
di kala senja kian melabuhkan tirainya. Di sini jua lah, anis
menghadap lappy Q n memandang keindahan alam.

Berbalik dengan tajuk di atas:
UNEXPECTED THINGS HAPPENED
waa tajuk story pon da nak gempak (bajet slow2).

Firstly,
Anis di gemparkan dengan seorang lelaki
mr. K yang da try2 nak melamar anis,,(MELAMAR!!!)
heheh,,,panasssSS! mr.K ni gatai la kalau nak di spesifikasikan.
menyampah tawu dengan perangai dia nih. Baru kawan biasa tapi da story mory dengan
mak dia yang aku bakal di nobatkan menantu keturunan orang bugis.
Waaa dasat la jawarian mix dengan bugisian.
Tapi anis tahu macam mana nak mengatasi masalah ni..
kadang2 buntu jugakkkkk,,,,!!!
help me,,help me,,
i'm not preparing to be a wife.
kalau setakat masak nasi lauk ala simple2 tekak anis emang la ngetop
tapi nak bagi anak orang makan rase2 nye muntah dulu kot,,hahhaha.

Secondly,
ku menyampah dengan sorang cikgu ni.
(kire dia ni jurulatih mase anis join Kadet Bomba dulu)
punye la ketegak(aka Utara punya bahasa Degil) tak nak
mengaku yang dia da tunang..ku paksa2 punya la tak nak mengaku sampaikan anis geram sangat2,,
last2 kantoi, dia terpaksa la juga dia bagitahu nak kawen
sebab nak jempot tak kan nk bagitahu jiran sebelah yang kawen,,hadooi.
pandai paklong simpan rahsia yerp!!! amek ang...

Thirdly,
my prince charm
Shahizul Annuar.
ku tahu la kamu busy and commited dengan kerja,
jangan la anis ni langsung tidak di contact.
sempat jugak bertekak sehari dua dengan mamat nih..
sengala nak bikin panas n mintak perhatian (menyampah).
tapi sebagai yang pasangan yang sentiasa berada di sampingnya,
anis kena la faham dengan kerja dan masa yang dia ada..
tak kan nak merengek2 pulak kn,,jatuh la maruah anis sebagai wanita..

Fourthly,
27 april ni anis da nak balik kampung,,
tapi sempat lagi nak singgah rumah kakak,,dan semedang tu anis
ade tempah tiket ke kajang.
yang anis terkejut, tiket tu berlubang kat tengah2..
ni la lelaki kalau di bagi tanggungjawab or amanah susah bebeno nak care nye.
terpaksa la anis tebalkan muka nanti nak bagi kat driver bas.
jagan di kata nya anis nih ganas suda,,,(maluuuuu)

2

*Andai lelaki tahu




Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
0

HADIS PERTAMA: Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman



Ertinya:
Daripada Abi Najih ‘Irbadh bin Sariyah ra. Berkata: “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. Akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata:Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah wasiat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara2 yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

Keterangan:
Hadis di atas mengandungi pesanan2 yang sangat nerharga daripada Rasulullah saw. Bagi umatnya, terutema bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. Dalam hadis ini, iaitulah:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allahdan menjauhi segala larangannya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hel ehwa kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Dan sunnah2 khulafa Ar-Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahyidin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali ra.)yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah swt, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara2 bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara2 yang baharu itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bid’ah hasanah).
0

*Hot Di Sini

Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Blog anis akan memaparkan sebuah kumpulan hadis
yang bertajuk

40 HADIS
PPERISTIWA AKHIR ZAMAN
susunan oleh
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.
menyebut petanda2 kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan.
Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan di kejutkan oleh peistiwa2 ganjil yang akan
terjadi dari semasa ke semasa.

Buku ini sedikit sebanyak akan membantu pembaca
mengenali tanda2 golongan yang sesat, supaya ia terpelihara daripada mereka dan tetap berada di garisan 
yang haq dan termasuklah dalam golongan yang selamat.
semoga kita ambil iktibar dari peristiwa dan hadis tersebut.
0

*Giveaway Ujang9897

Assalamualaikum
dan salam sejahtera,,ne'howma,,kabare,,namaste
dan melalut2,,,hampeh.
Okey hari ini begitu rajin tuk buka blog
Kisah Kaseh Annisa
sebab pagi tadi berhempas pulas otak tuk jawab exam Networks Fundamentals..
Pulakk,,,anis di tag oleh 
mekaseh bebanyak na,,,
"Giveaway Ujang9897"


ku bubuh Header pilihan seMalaya nih,,
si pemulas idea tuk Giveaway Ujang9897 ni..

Ni pulak gambaq ku yang
SEMPOI..
(haha,,sebab GA munye admin mintak camtoo ma)


anis baru je kenal dengan blog Bro Ujang nih.
agak famous gak blog beliau ni..
tengok la sponser,,bederet just untuk GA ni je.
Caya la bro..

Okey anis tag kepada 2orang sahabat anis iaitu:

&

heheheh,,,so kawan2
try it ok...pape xtahu tanye or click kt GA atas uh,,,





0

*A Man's Trail*

This is the story of an average human
From his story there is so much to learn

"I work through life working day and night
Let me tell you of my miserable plight
Before that, let me thank Allah Most Merciful too
That's why I'm sharing my story with you

From young I was told I had to be the best
I must learn to score for my exams and tests
I studied hard to be the top in class
So that my friends will respect me with all the fuss

In my youth days, I was actually insecure
So much temptations and many are impure
I prayed sparingly but it didn't help me
Why couldn't I feel that Allah was watching me?

I wanted to be the cream of the cake
I didn't allow myself to make a single mistake
I wanted more friends and also be praised
When I didn't get complimented, I felt so dazed
I began to doubt myself again and again
Was I not good enough or was I insane?
I was feeling inadequate for my lack of looks
Was I too fat, short, or did my smile give the spooks?
I learnt to dress up in trendy clothes bought from stores
I wanted people to look at me and say 'wow' in awe

I wanted to be adored, praised and be popular
Success to me is to be top scholar
I wanted to shower myself in fame
I also hoped to earn a big name
I studied hard and topped my school high
I believe that to make friends, success is a tool

Whenever I was with friends and my date was just beside
I felt the pressure to display my witty side
I'm afraid my friends would leave me if I'm not nice enough
So I bought them gifts and other good stuff
Branded clothes, car, intelligence and friends indeed
You may think I have all that I need
But I'm still unhappy inside and I don't even know why
Was I not good enough, too ugly or too shy?

At work, I pleased my boss to show him I was the best
I treated my colleagues lunch and sacrificed all my rest
I was afraid that my boss disliked me if I lazed about
In front of him, I did my best and tried to stand out
Then I climbed the corporate ladder and be my own boss
Finally, I was successful but I was still in a loss
I was cheerful outside but scared inside
I was not even sure what I'm doing is right

I looked around to see all my best friends
I wonder if they still like me if my wealth ends?
I cannot bear to face rejection or even fail
If I become poor and old, will my friendships be stale?
I work hard, but who am I trying to impress?
The fear of losing my reputation is causing me stress
I want friends to respect me forever and ever
I could imagine my friendship to sever

But alas! My business failed me terribly
I was down with illness and suffered painfully
All the people whom I thought were faithful friends
Left me because my status has no stands
I'm left alone and wonder whether it is true?
To make good friends, wealth matters too?

I looked at the side of my bed and saw the Qur'an
Guilt enveloped me because the Qur'an I have read none
Since I was alone and feeling so bored
I explored the Qur'an to know about Allah the Lord

True Muslims friends start to befriend me
It doesn't matter whoever I'll be
They accept me and love me despite my flaws
I don't have to make them like me by using force
I don't have to impress Allah with my witty charm
I already know Allah loves us and protects us from harm

With Allah's help, we can attain peace in self
So let's put doubt back in Satan's shelf
If there are problems with work and with men
Please remember that it's part of Allah's plan
Ask from Allah because He listens to us always
Allah will help us with His Kindness and Grace

I met a man who is unfortunately blind
He then advised me with words so kind
He said, 'Love yourself and be grateful for what you are
You owe it to Allah for coming this far

Allah loves us and makes us Muslims
But many people don't appreciate it, it seems
It doesn't matter if we're poor or earn less
Allah loves who we are and He cares
Don't do good deeds if you do it for show
Or else your spiritual status will sink below

If you're humble, do good deeds and pray to Allah Most Wise
You can earn yourself a place in Paradise
Good Muslims overcome worries and insecurity
They are unfazed even if they are treated with hostility

Why be a slave to affluence and glamour?
Why worry if we are not witty with humour?
Always be yourself, dear brother, have no pretence
Allah will still love you, even if you don't have any fans
Why be afraid, dear brother, when friends shun away
When Allah is there for you it's always that way.'

After the blind man left, my mind started working
I was still surprised and truth starts coming
It seems that I may be a boss or lying here poor
but good Muslims greet me with salaam, a smile and no fear

I kept wondering, what is success to me?
Is it about having friends, or earning a good degree?
I had all these and yet I was not satisfied
Could it be because that Allah was not on my side?

Then I realize that I have been foolish
My INSECURITY is the one that was my leash
Why was I ungrateful to Allah Most Great?
Allah's helping us all the way as Fate

Oh! I'm ashamed for being so proud
When my success was actually a passing cloud!
Now I realize my great big mistake
So I do more good deeds now with sincerity and no fake

Let's learn from this life and tread the virtuous road
Remember that this world is only a temporary abode
Now I live through my life devoted to the Islamic cause
And repent, so Allah will love me despite my flaws."

Remember true success is not about having lots of friends
In fact, it is about passing Allah's tests
Happiness is not about showing off your generous part
In fact, it's about the ATTITUDE of your heart

Say: 'I like who I am and I'm glad to be me
I love being a Muslim and Allah sets my heart free!
I can feel in my mind and in my little heart bone
I confess - with Allah around, I know I'm never alone'.
4

+Perhatian Kepada Blogger Yang Menuntut Di Politeknik.


Assalamualaikum,,,
hari ini mengambil masa beberapa minit untuk memaparkan post entry
yang kian gempar dalam kalangan penuntut politeknik.

Kini anis dan juga sahabat sedang berusaha untuk mencari pelajar2
daripada politeknik seluruh Malaysia untuk
mereka mengikuti group komuniti yang sedang kami jalankan beberapa minggu ini.

Di harap blogger2 yang sedang menuntut di
politeknik seluruh Malaysia untuk join dalam
Geng Blogger Politeknik 1Malaysia
di laman Facebook.

 MATLAMAT
*mengeratkan hubungan sesama blogger politeknik.
*memupuk semangat berkongsi ilmu.
*menambahkan bilangan pengikut kalian.
*menyokong blogger2 yang masih baru dalam bidang ini seperti saya.
*menyokong matlamat 1Malaysia (rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan).
*menjadikan Geng Blogger Politeknik 1Malaysia dikenali seluruh Malaysia.
*menambahkan kuantiti nuffnang korang.

Selain itu, matlamat kami ingin mengumpul seberapa banyak
blogger2 seMalaysia yang menuntut di politeknik dan berkemungkinan
admin akan menjalankan perjumpaan bagi semua.
Cuma baru2 ini kami hanya ingin mencari seberapa banyak yang berminat.
 Anda juga boleh melawat
untuk mengetahui lebih lanjut.
dan
ataupun search di Facebook
Geng Blogger 1Malaysia
Terima kasih.
0

*Rehat Seketika Untuk Final Exam


Assalamualikum...
dengan dukacitanya bahawa saya admin blog
Kisah Kaseh Annisa
ingin merehatkan diri dan minda untuk memberi ruang dalam pembelajaran.
Wah statement skema.
Anis nak rehat untuk beberapa hari dan berkemungkinan anis tidak
rajin untuk post entry. Syedeh banget..!
Anis nak Final Exam la sahabat2..


EXAM AROUND THE CORNER:

20/04/2011 (Wednesday)
Discrete Mathematics.

21/04/2011 (Thursday)
Networking Fundamentals.

25/04/2011 (Monday)
Fundamental with Operating System.

27/04/2011 (Wednesday)
Programming Fundamentals with C++

ni satu lagi, bila dah join Cisco ni
prepare kepala kuat2 sebelum di hempas ke dinding(mean study smart but hard)..
Ape2 pun sebagai student tak mo mengeluh.

The conclusion is: So hard la subject2 ni. Ape2 pun sebagai student yang muda lagi,
jangan la kita mengeluh untuk menuntut ilmu. Malu kita pada student2 yang lebih berusia
kerana mereka lebih bersemangat nak persue dyorang punya study.

0

*Merindui Kek Gula Hangus Bonda

Assalamualaikum,,
hari ni tekak tetiba2 teringin kek gula hangus ibu.
Dulu mase ibu amek tempahan bila kawan2 dia kenduri kawen,,
dapat la anis merasa. Waa da lame rasanya tak makan
Kek Gula Hangus cam kat gmbo ni.
credit to maklangazie
credit to secubitgaramnor.
credit to dzanariah

Hari ni anis nak upload gamba2 jew.
kire mengubati kerinduan nak makan kek ni..alahai kesian anak ni.
Kalau dapat bau dia,,makan time panas2,,fullamak.
THUMB UP la jawabnye.
Anis suka bila ibu masak menggunakan dapur arang.
Lagi Sodap yoo..!


0

*KEPADA RAKAN2 BLOG SAYA YG BERAGAMA ISLAM....SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA..

Assalamualaikum,
hari ini anis nak sampaikan satu artikel yang di sebarkan di
laman Facebook. Sebagai umat Islam, sebaran ini di wajibkan di sebarkan
kepada sahabat2 yang lain.

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Credit to: FB name Afendi Marine










0

*Tahukah anda?


1. Kopi, teh dan minuman bikarbonat
ternyata dapat menyebabkan tubuh kita kehilangan banyak kandungan kalsium.
(Patut la golongan2 atok pakat tak dak gigi.
So, minum la susu banyak2 cam anis. Dutch Lady adalah pilihanku. Cewah!)


2. Sebanyak 75 ekar pizza
di makan oleh rakyat USA setiap hari.
(Satu ekar tanah kat kebun abah je da luasnye camne ni kan 75 ekar, mane badan
dia orang tak kurus semua.hihihi)


3. Beruang koala dan manusia
adalah dua makhluk yang mempunyai cap jari.
(saje bubuh gamba kawan2)


4. Jika anda terlalu banyak makan lobak merah
badan anda akan bertuka ke warna oren.
(Tah la auta ke fakta ni?)


5. Tulang adalah
lima kali lebih kuat dari besi.
(Tu pun kalau rajin minum susu macam anis,,hahahah.perasaan betoi)


6. Menggunakan headphone
walaupun untuk masa sejam akan meningkatkan jumlah bakteria yang terkandung
dalam telinga anda sebanyak 700kali ganda.
(bakteria ke tahi telinga?)


7. Seekor burung memerlukan
lebih makanan berbanding seorang bayi atau kucing.
(tapi kenapa dia kecik aje?)


8. Seekor lipas boleh hidup
selama 9 hari tanpa kepalanya sebelum mati.
(betoi2,,penah cuba)


9. Semut boleh hidup
sehingga ke usia 16 tahun.
(pernah terjadi)


10. Warna sebenar minuman CocaCola
adalah HIJAU.
(kini anis tidak lagi meminumnya sebab banyak kajian telah di lakukan bahawa
minuman di atas tidak baik untuk tubuh badan)


11. Otot terkuat di dalam tubuh badan manusia
adalah lidah.
(cube angkat barang kai lidah,,hahahaha)


12. Anda tidak boleh membunuh diri dengan
hanya menahan nafas.
(tahan nafas je taw jangan sampai tahan2 terkentut lak,,hihi)


13. Bahawa harimau putih selalunya
lebih besar berbanding harimau jingga biasa?
(sebab harimau putih minum susu,,harimau jingga minum carrot susu,,heheheh)


14. Bahawa cukai barangan & perkhidmatan
ialah sejenis cukai tidak langsung?
(nape kene bayar secara langsung? ha)


15. Bahawa kuku boleh mempamerkan
tahap kesihatan seseorang?
(penah kaji ni)


16. Bahawa air kencing biasanya
tidak berbau?
(kalau yang makan petai dengan merokok 2cmne lak ekh?)







2

+Attention please!!! Cuba buat ini

Assalamualaikum..
pagi2 macam ni anis da kene beng dengan sahabat anis bernama AIN.
cube korang try pulak:



Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:


Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

CANTUMKAN DAN
KONGSI JAWAPAN ANDA
CERIA SELALU! :)
*sekadar gurauan semata2...
2

*Anak Melayu Tiada Malu

 Apakah itu cinta?
Ramai di antara kita yang masih tidak tahu untuk menilai apa maksud sebuah cinta. Kebanyakan yang mengenali apa itu cinta selepas mereka melalui banyak dugaan dan kebahagiaan ketika bercinta.
CINTA:
  • Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.
  • Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka.
  • Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.
  • Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan  kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi.
  • Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman,,saling perlu memerlukan dan sentiasa mengambil tahu.
PROSES BERCINTA:











Ramai pasangan yang bercinta pada zaman kini hanya di labelkan sebagai "Cinta Pakai Buang". Tahukah korang semua maksud tersebut? Cinta pakai buang ialah cinta yang di lakukan angkara monyet. Kalau korang pernah pergi zoo, tengok la aksi monyet bila menggatal.Hehehe.

Okey, maksud anis sekarang ni, bila bercouple mula la si lelaki dan perempuan menggatal nak cuba macam2. Itu satu hal, kalau nak buat dosa sekalipun cuba la hormat pandangan orang2 yang melihat. Bukan anis nak tuduh siapa2 dalam hal ni, tapi perasaan segan dalam diri mereka tu hilang sekelip mata hanya nak menunjuk2 yang mereka couple ni sweet la sangat n romantikakodoamor.Mereka tak tahu yang anis ni nak meluat, bergesel2 la, berpeluk2 la, dalam kawasan umum. Pulak tu ada bangsa selain Islam yang tengok! Apa pandangan mereka bila tengok budak melayu macam tu. Anis nak tegur pun segan, apakan sahabat2 yang lain. Mereka hanya menundukkan kepala. Malu!!!

Tolong la hormati mata kami. Anis bukan nak cakap anis ni baik sangat, tapi dosa dan aib kita, biarlah kita yang tahu. Apa kata mata2 yang melihat. Timbul pula fitnah dan tuduhan. Si perempuan tu pun satu, melentuk liuk bila si lelaki bergesel2 dengan dia. Mana MALU korang?!! Jangan la biarkan kami mendapat dosa atas apa yang korang lakukan. Si lelaki, kalau niat korang nak jadikan si perempuan tu bini or bakal isteri, hormati mereka sebagai wanita, bukannya meminta2. Si perempuan pula kalau tidak mahu di minta2 tanpa rela, berpakaian sopan untuk mengelakkan nafsu lelaki berleluasa.

Buktikan yang cinta kamu itu tulus atas landasanNya.

Hanya yang anis mampu lakukan, bla dari situ dengan segera!!!

Yeay!!!
dapat 1bahan dari sahabat di Facebook..
korang tengok la,,sangat menarik,,,,
http://www.facebook.com/notes/aku-tak-sabar-nak-kahwin/selalu-yang-terjadi/201676819850534
menarikkkk,,,,,!!!

p/s:anis bukan nk mengaibkan sesiapa,,cuma anis nak nasihatkan diri anis dan korang supaya berhati2 dari pndangan sekeliling..maaf ats kekasaran bhasa.
Website Signs
Back to Top