0

+Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum,,
hari ini anis nak share kan resepi dari orang tua iaitu
ASAM PEDAS IKAN PARI.

Bagi korang2 yang tak tahu nak masak ape untuk makan
tengah hari ini,,anis suggest lauk ni n korang boleh tambah dengan lauk sampingan yang lain.

Di sebabkan anis excited buat entry masak asam pedas
sebab bekas bf pernah mintak anis belajar masak asam pedas ni.
Dia suka sangat makan asam pedas, di sebabkan jodoh kami tak panjang, anis gunekan
jugak ilmu memasak ni untuk balak suami.(ehehe,,ade calon da)
thanks kepada si X sebab mintak anis belajar masak.

BAHAN2 NYA:
Ikan pari yang siap di bersihkan
6 batang bendi
1 batang terung (di potong ikut suka)
Daun kesum
Bunga kantan
1 batang serai
1 mangkuk cili kering kisar
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk air

Blender:
1 ulas bawang besar
2ulas bawang putih
sedikit halia
sebesar ibu jari kunyit

CARA2 NYA:
Masukkan bahan yang di kisar.
Masukkan 3 sudu cili kering
Masukkan 3 sudu air asam jawa.
Masukkan 1 mangkuk air dan masak hingga mendidih.
Titip serai dan masukkan ikan.
Masukkan perasa.
Lastly, masukkan bendi, terung, kesum dan bunga kantan.
Hidang.
Selamat mencuba! 
Tips: bagi anis, nak lagi sedap tambahkan daun kesum,,sbb anis suke makan ulam.

0 comments:

Website Signs
Back to Top