2

+Buat Sahabatku




Ketika ini aku sedang bersedih mengingati waktu kita semalam.
Mengajar aku ertinya persahabatan.
Apakah maknanya persahabatan jika kita tidak saling kasih mengasihi, saling berkongsi suka dan duka kita bersama. Aku ingin memohon maaf kepada kalian jika aku pernah menyakiti hati kalian. Aku hanyalah insan biasa yang sentiasa alpa dalam melakukan kesilapan.
Sahabat,
ketika lagu Ke Makam Bonda oleh Unic
di berikan kepadaku oleh sahabat baikku serba sedikit menceritakan kedukaannya, aku terdetik.
Masyaallah,,begitu bermaknanya aku punyai seorang ibu. Sedangkan sahabatku ini sudah
kehilangan ibunya. Ya Allah, Kau lindungi lah kesucian makam ibunya.
semoga ibunya di tempatkan di tempat2 orang yang soleh dan solehah. Ku tahu ada sesuatu yang terbendung di benak hatinya ketika ini. Dia memerlukan ibu. Ku tahu, dia rindukan kandungnya ibunya. Dia tidak pernah melihat wajah ibunya. Sedangkan kita sahabat, wajah ibu pun kita palingkan.
Bahawasanya, wajah ibu mencerminkan syurga buat kita!
Doa ibu yang solehah adalah syurga buat kita!
Sedarkah kita sahabat??

Ketika lagu ini berkumandang,
luluh hati dan mengalir air mata ketika ini.
Hanya tuhan yang tahu, sahabat-sahabat ku.
semoga Allah mengasihi kita sekalian dan juga ibu kita.
Seburuk-buruk ibu, DIALAH yang melahirkan kita.
DIALAH syurga buat kita.
Hargailah ibu kita yang melahirkan kita, yang mendidik dan mengasuh kita.
Sahabatku sara,
aku sentiasa ada untuk mu.
Hargailah ibu mu yang mengasuh dan mendidikmu.
Walaupun dia bukan melahirkan mu,,dia tetap IBU
sahabatku.


2 comments:

Baihaqi Az said...

terima kasih sahabat....,
aku pun akan selalu ade untuk kau....

Kisah Kaseh Annisa said...

thanks,,

Back to Top