0

Once Upon A Time

Hello and assalamualaikum
a new hope..new life on November.
Lagi sebulan 29 hari je nak tahun 2013..
So anis nak mintak maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog.
List October pun takde..
Busy yang amat melanda di October..macam2 dugaan dan masalah yang di lalui.
Begitu juga lahirnya seorang puteri kedua hasil perkahwinan kakak
anis yang kedua, Zureena yang bernama Nur Damia pada 06.10.2012.
Akibat kelahiran pramatang, Allah menjemputnya pulang pada 10.10.2012.
Bermakna pada tahun ni keluarga anis mengalami impak yang besar apabila kehilangan
arwah nenek, mak ngah dan Damia.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka.
So, sepulangnya anis ke kampung
untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, anis terjumpa album dan gambar2 di bawah..

"Such a sweet and beautiful moments.."
(ayat pink menunjukkan ke "girlish an" den)

Si baby kecil lahirnya SEMBILAN haribulan JANUARI.
Si rambut lebat katanya..

Si baju pink itu SAYA..
Si baju biru my cousin lahir LIMABELAS haribulan LIMA..

The blue of my "AUDI".
Baju PUTEH..
Maseh comel lagi..
Saya dan si Hamdan..
Budak "AUDI" merah.
RAMBUT.....ish..ish..ish
To all my SAYANGS..
Gambar tidak di edit dan tidak di cop COPYRIGHT.
Sebab MALAS.
So segala yang tercatat dan tertampal di blog ini adalah
HAK TERPELIHARA
Blog kisahkasehannisa.blogspot.com
0

Resepi : Makaroni Kuah Speghetti

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
 السلام عليكم 

A few days yang lepas negara kita telah menyambut Hari Malaysia 
di mana tarikh 16.September adalah tarikh
pengisytiharan negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri di dalam Malaysia.
Dan dengan bangganya anis dapat cuti 4hari.
So anis decide tuk balik Johor tuk topup cuti raya yang anis tak dapat habiskan.

So, berkesempatan dengan itu,
anis sempat bertapa di dapur untuk memasak Makaroni berkuah speghetti.


Bahan2:
1 paket / 500gram makaroni - (rebus dan tos)
1 tin besar tomato puree brand Kimballs or Prego
1 tin cendawan butang - (hiris ikut suka)
1 paket daging kisar - (hancurkan, tos)
1 labu lada benggala hijau - (dadu)
1 labu lada benggala merah - (dadu)
1 labu bawang holland - (dadu)
6 biji bawang putih - (hancurkan)
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak zaitun, garam n gula.

Cara2 :
1) Rebuskan makaroni dlm air mendidih n kemudian bila dah rasa kenyal2 boleh angkat dan tuskan.
2) Untuk membuat kuah : Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3) Masukkan tomato puree dan tumis.
4) Kemudian, masukkan daging kisar dan cendawan butang.
5) Bila dah agak kering, masukkan kesemua baki bahan2 tadi.
6) Jangan lupa masukkan garam dan gula. Siap!

Pesanan mak enon : Makaroni boleh di tukar dengan pelbagai jenis pasta.
Bahan2 boleh di ubah mengikut tekak anda.
2

The AWESOME ideas

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
.....السلام عليكم 

Arini membebel mengenai perihal OWESOME..
eh..Awesome la..kome2 je yang guna perkataan Owesome 2..
First of all anis nak ucapkan..


" Selamat Menyambut Kemerdekaan Buat MALAYSIA 
kali ke-55
pada 31 Ogos 2012."

I Love MALAYSIA very..very..much.
Kerana Malaysia yang merdeka inilah anis merasa
Pelbagai jenis makanan aneka negara, fesyen berpakaian, pergaulan antara kaum..
See..
 

 

 

 

 
 

 

 

memang AWESOME. Terima kasih sesangat kepada Bapa Kemerdekaan yang telah berusaha mencapai kemerdekaan dan juga pejuang2 negara yang telah mempertaruhkan nyawa demi negara.
Get salute for my older brother and my brother-in-law as a soldier.

Berbalik kepada tajuk post..
Anis cuma nak sharekan gambar2 idea yang paling
AWESOME
dan boleh dijadikan contoh untuk kita buat sendiri.




Lovely Credit From :

Kwerkee Malaysia


So cuba, try dan testlah di rumah, di office dan di mana2 jua.
Sungguh..
AWESOME


0

My First Sight

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
 السلام عليكم 




Ini adalah keadaan di mana saya dan encik tunang dah penat shopping.
Tapi untuk raya tahun lepas.

Tahun ini punya kes si dia merungut bila di tanya..
Me : "Sayang dah beli barang2 shopping?"
Him : "Belum.."
ME : "Tunggu saya ye.."
Him : "Takmao bawak awak..sebab syg akan merungut TAK LAWA, TAK OKE bla,,bla,,bla"
Me : "Oke saya redha..terpaksa membawa diri"
(Dalam hati mengharap penuh pengharapan)

2

Engagement : Makeup by Yusry


Assalamualaikum..
Oke kali ni anis nak post entry mengenai jurumekap yang
telah makeupkan anis pada hari kejadian..

Let me introduce him..

Ni business card jurumekap anis.
His name called Yusry. Anis just amek pakej makeup sahaja
dengan harga yang available. Selain tu juga, Yus Creation ada menjalankan servis
bridal juga.

(Click the picture to enlarge)



Bleh add dia di http://www.facebook.com/yusry.creation
he did a good job. Thank you abg yus.
0

Wordless : Ramadhan Season





0

Hakikat Sebuah Pertunangan


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'


Pelbagai ucapan tahniah mahupun pujian yang diterima.
Terima kasih atas keikhlasan mereka yang telah memberikan ucapan tahniah
serta pujian anda dengan ikhlas dengan hubungan baru ini.
Alhamdulillah, segala persiapan dan perkara yang dirancang
telah terlaksana dengan baik. Lega rasanya apabila selesai satu majlis ikatan antara
anis dengan tunang anis ketika nih. Bermakna dengan ikatan pertunangan ni,
hubungan kedua belah pihak akan bertambah baik dan bertambah erat.

Pada hakikat dalam kehidupan dan mentaliti seseorang bernama manusia.
konteks pertunangan bagi manusia seperti anis dipandang aneh.

"Ya saya masih mahasiswi di sebuah Politeknik di utara..
Saya masih mempunyai
satu tahun pengajian lagi..
Saya telah pun bertunang pada saat saya sedang 
dalam pengajian tahun kedua saya."

Oh, mungkin orang akan berfikir :
"Belajar tak habis dah gatal nak kahwin budak nih.."
"Tunang sebab dah terdesak agaknya.."
"Dah cukup bebas ke jadi seorang remaja then nak jadi isteri orang.."
"Lah..tak habis belajar lagi pun..mesti tak sambung ijazah dah lepas nih..komfirm kawen terus"
"Tak habis enjoy lagi dah nak kawen.."
Dan macam2 lagi yang anis dengar..

Jawapan bagi saya :
" Ya saya bahagia menjadi tunangan orang..salah ke saya menjalankan syariat Islam?"
"Banggakah kalian dengan perhubungan yang belum tentu terjamin?"
"Bakal suami saya ingin menjalankan syariat Islam..salahkah perbuatan itu?"

Masih ramai lelaki diluar sana yang mampu dan dikira wajib untuk berkahwin.
Jadi tidak salah syariat Islam ini dijadikan perkara yang terbaik.
Ini adalah salah satu cara anis menjauhkan perkara2 yang tidak baik.
Anis menjaga maruah keluarga daripada di fitnah dan menjadi omongan orang.

"Menjalankan syariat Islam (berkahwin awal) itu ganjil dimata dunia 

tapi melakukan maksiat itu perkara 

biasa..." berkata..renung2kan..

Kenapa Buku Aku Nikah Akan Dikau?



Assalamualaikum..
bersempena dengan hari pertama kita sebagai umah Islam menyambut kedatangan Ramadhan
anis sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarrak dan Selamat Berpuasa.
Pada tahun ni juga puasa terakhir anis berpuasa di perantauan oleh kerana anis masih menuntut ilmu lagi.
Oleh itu juga lah, kesedihan sebagai pelajar di perantauan akan betul2 terasa
disebabkan jauh dari keluarga.

Hari ni anis nak kongsikan,
tajuk post entry kali ni 
KENAPA BUKU AKU NIKAH AKAN DIKAU
ada dalam list hantaran anis untuk tunang anis.


Sinopsis
“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.” ::Hadis Riwayat Muslim::

Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.

Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.

Tajuk : Aku Nikah Akan Dikau
Penulis : Dr Engku Ahmad Zaki
Harga : RM19.90
0

DIY : Bunga Tangan




Alhamdulillah pada hari ni anis dapat update blog yang dah lama tak buka
oleh kerana banyak urusan untuk majlis di atas.
Ye anis dengan rasminya menjadi tunangan orang pada 3jun yang lalu.
Anis nak mintak maaf kepada sahabat-sahabat anis yang anis tak sempat nak jemput.

Berbalik dengan tajuk entry pada kali ni anis nak kongsikan
kat korang macam mana nak DIY bunga tangan yang anis buat pada hari majlis haritu.

Firstly, benda yang paling penting adalah bunga.
Tak kesahlah bunga apa yang korang nak dan korang suka. Anis pilih bunga ros sebab
ros ada lambang romantik..hehehe..anis survey banyak kedai bunga area Pontian.

Ada empat tempat.
1) Kedai Bunga sebelah Pontian Book Store
2) Kedai Bunga sederet One Stop Pontian Lama
3) Kedai Bunga sederet dengan Bank BSN area Tambak
4) Kedai Bunga jalan Taman Sri Aman

Oke pilihan anis, nombor 2. Sebab anis suka owner kedai yang friendly dan hagra boleh kautim baik.
NAK JIMAT..tips anis, anis beli 1jambak bunga yang datang terus dari cameron.
Beza beli sejambak bunga dengan sekuntum2 adalah harga. Kalau beli sekuntum harganya RM1.50 - RM2.00 harga pasaran. Kalau beli sejambak 20kuntum berharga RM30.00. Jimat RM10.00 wat beli minyak kereta comel anis. Nak lagi murah beli sendiri kat Cameron Highland sejambak dengan harga RM5.00.
Anis BAJET RM50.00 untuk bunga. So anis dah boleh save RM20.00.
Lepas tu dengan baki yang ada, anis tambah order White Peacock (Bunga kecik2 tu) sejambak jugak.
Memang banyaaakkkk sangat anis dapat. Letak kat sirih dan bunga tangan jugak.

Secondly, daun yang di ikat disekeliling bunga. (Rujuk gambar)
Daun ni anis petik kat tepi jalan kampung..memang banyak sangat!! Bukan niat nak menjahanamkan 
pokok tu tapi menghargai apa yang ditanam selain menjimatkan poket anda..weqs.

Then, kekemasan dengan peniti, dawai halus, reben dan paper crepe.

CARA-CARA : Kumpulkan bunga ros menjadi gugusan bulatan. Ikat dengan kemas okey.
Ikat dengan menggunakan dawai halus yang dibeli kat kedai dengan harga RM1.00 
dengan warna putih atau hijau. Kemaskan keliling bunga ros tadi dengan white peacock pulak. 
Lepastu baru daun. Kekemasan mengikut kreativiti anda. Lastly, bahagian batang bunga di lilit dengan
paper crepe ataupun reben. Di hujung lilitan paper crepe tersebut cucukkan dengan peniti agar tak terlepas.
Itu saje..selamat mencuba!

TIPS : Pemilihan warna bunga memainkan perana penting dalam menggubah bunga tangan.
Untuk menonjolkan bunga tangan tersebut, gunakan warna yang kontra dengan warna tema korang
supaya korang tidak tenggelam dengan bunga dan mainan warna tema.
2

Officially Engaged With Him



Engagement Day
Anisa & Annuar
03 Jun 2012



Handmade

Hantaran untuk anis dan dia 9 berbalas 11

my BFF

His Family

En.Fiance



Website Signs
Back to Top