Kenapa Buku Aku Nikah Akan Dikau?



Assalamualaikum..
bersempena dengan hari pertama kita sebagai umah Islam menyambut kedatangan Ramadhan
anis sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarrak dan Selamat Berpuasa.
Pada tahun ni juga puasa terakhir anis berpuasa di perantauan oleh kerana anis masih menuntut ilmu lagi.
Oleh itu juga lah, kesedihan sebagai pelajar di perantauan akan betul2 terasa
disebabkan jauh dari keluarga.

Hari ni anis nak kongsikan,
tajuk post entry kali ni 
KENAPA BUKU AKU NIKAH AKAN DIKAU
ada dalam list hantaran anis untuk tunang anis.


Sinopsis
“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.” ::Hadis Riwayat Muslim::

Dalam konteks perkahwinan, Islam dari awal lagi menyediakan garis panduan yang cukup lengkap dan menyeluruh berkenaan hukum-hakam perkahwinan kepada umatnya untuk dihayati, difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Garis panduan yang disediakan bukan sekadar tentang perbahasan tanggungjawab suami isteri dalam kehidupan berkeluarga, malah ia turut menekankan proses pemilihan pasangan sebelum memulakan langkah ke alam rumah tangga. Pendek kata, kebahagiaan dan keberkatan rumah tangga tidak akan wujud melainkan rumah tangga yang berdiri di atas tapak keimanan dan ketakwaan yang tulus ke hadrat Allah SWT yang Maha Besar.

Diharap buku ini merupakan sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan institusi keluarga sehingga berupaya melahirkan generasi yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.

Tajuk : Aku Nikah Akan Dikau
Penulis : Dr Engku Ahmad Zaki
Harga : RM19.90

1 comments:

Gerek Lama said...

okay buku ni aku sesuai bc tak ? HAHA :D slm ramadhannnn !!! :)

Website Signs
Back to Top