0

DIY : Bunga Tangan




Alhamdulillah pada hari ni anis dapat update blog yang dah lama tak buka
oleh kerana banyak urusan untuk majlis di atas.
Ye anis dengan rasminya menjadi tunangan orang pada 3jun yang lalu.
Anis nak mintak maaf kepada sahabat-sahabat anis yang anis tak sempat nak jemput.

Berbalik dengan tajuk entry pada kali ni anis nak kongsikan
kat korang macam mana nak DIY bunga tangan yang anis buat pada hari majlis haritu.

Firstly, benda yang paling penting adalah bunga.
Tak kesahlah bunga apa yang korang nak dan korang suka. Anis pilih bunga ros sebab
ros ada lambang romantik..hehehe..anis survey banyak kedai bunga area Pontian.

Ada empat tempat.
1) Kedai Bunga sebelah Pontian Book Store
2) Kedai Bunga sederet One Stop Pontian Lama
3) Kedai Bunga sederet dengan Bank BSN area Tambak
4) Kedai Bunga jalan Taman Sri Aman

Oke pilihan anis, nombor 2. Sebab anis suka owner kedai yang friendly dan hagra boleh kautim baik.
NAK JIMAT..tips anis, anis beli 1jambak bunga yang datang terus dari cameron.
Beza beli sejambak bunga dengan sekuntum2 adalah harga. Kalau beli sekuntum harganya RM1.50 - RM2.00 harga pasaran. Kalau beli sejambak 20kuntum berharga RM30.00. Jimat RM10.00 wat beli minyak kereta comel anis. Nak lagi murah beli sendiri kat Cameron Highland sejambak dengan harga RM5.00.
Anis BAJET RM50.00 untuk bunga. So anis dah boleh save RM20.00.
Lepas tu dengan baki yang ada, anis tambah order White Peacock (Bunga kecik2 tu) sejambak jugak.
Memang banyaaakkkk sangat anis dapat. Letak kat sirih dan bunga tangan jugak.

Secondly, daun yang di ikat disekeliling bunga. (Rujuk gambar)
Daun ni anis petik kat tepi jalan kampung..memang banyak sangat!! Bukan niat nak menjahanamkan 
pokok tu tapi menghargai apa yang ditanam selain menjimatkan poket anda..weqs.

Then, kekemasan dengan peniti, dawai halus, reben dan paper crepe.

CARA-CARA : Kumpulkan bunga ros menjadi gugusan bulatan. Ikat dengan kemas okey.
Ikat dengan menggunakan dawai halus yang dibeli kat kedai dengan harga RM1.00 
dengan warna putih atau hijau. Kemaskan keliling bunga ros tadi dengan white peacock pulak. 
Lepastu baru daun. Kekemasan mengikut kreativiti anda. Lastly, bahagian batang bunga di lilit dengan
paper crepe ataupun reben. Di hujung lilitan paper crepe tersebut cucukkan dengan peniti agar tak terlepas.
Itu saje..selamat mencuba!

TIPS : Pemilihan warna bunga memainkan perana penting dalam menggubah bunga tangan.
Untuk menonjolkan bunga tangan tersebut, gunakan warna yang kontra dengan warna tema korang
supaya korang tidak tenggelam dengan bunga dan mainan warna tema.

0 comments:

Website Signs
Back to Top