0

Hakikat Sebuah Pertunangan


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'


Pelbagai ucapan tahniah mahupun pujian yang diterima.
Terima kasih atas keikhlasan mereka yang telah memberikan ucapan tahniah
serta pujian anda dengan ikhlas dengan hubungan baru ini.
Alhamdulillah, segala persiapan dan perkara yang dirancang
telah terlaksana dengan baik. Lega rasanya apabila selesai satu majlis ikatan antara
anis dengan tunang anis ketika nih. Bermakna dengan ikatan pertunangan ni,
hubungan kedua belah pihak akan bertambah baik dan bertambah erat.

Pada hakikat dalam kehidupan dan mentaliti seseorang bernama manusia.
konteks pertunangan bagi manusia seperti anis dipandang aneh.

"Ya saya masih mahasiswi di sebuah Politeknik di utara..
Saya masih mempunyai
satu tahun pengajian lagi..
Saya telah pun bertunang pada saat saya sedang 
dalam pengajian tahun kedua saya."

Oh, mungkin orang akan berfikir :
"Belajar tak habis dah gatal nak kahwin budak nih.."
"Tunang sebab dah terdesak agaknya.."
"Dah cukup bebas ke jadi seorang remaja then nak jadi isteri orang.."
"Lah..tak habis belajar lagi pun..mesti tak sambung ijazah dah lepas nih..komfirm kawen terus"
"Tak habis enjoy lagi dah nak kawen.."
Dan macam2 lagi yang anis dengar..

Jawapan bagi saya :
" Ya saya bahagia menjadi tunangan orang..salah ke saya menjalankan syariat Islam?"
"Banggakah kalian dengan perhubungan yang belum tentu terjamin?"
"Bakal suami saya ingin menjalankan syariat Islam..salahkah perbuatan itu?"

Masih ramai lelaki diluar sana yang mampu dan dikira wajib untuk berkahwin.
Jadi tidak salah syariat Islam ini dijadikan perkara yang terbaik.
Ini adalah salah satu cara anis menjauhkan perkara2 yang tidak baik.
Anis menjaga maruah keluarga daripada di fitnah dan menjadi omongan orang.

"Menjalankan syariat Islam (berkahwin awal) itu ganjil dimata dunia 

tapi melakukan maksiat itu perkara 

biasa..." berkata..renung2kan..

0 comments:

Website Signs
Back to Top