0

Resepi : Makaroni Kuah Speghetti

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
 السلام عليكم 

A few days yang lepas negara kita telah menyambut Hari Malaysia 
di mana tarikh 16.September adalah tarikh
pengisytiharan negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri di dalam Malaysia.
Dan dengan bangganya anis dapat cuti 4hari.
So anis decide tuk balik Johor tuk topup cuti raya yang anis tak dapat habiskan.

So, berkesempatan dengan itu,
anis sempat bertapa di dapur untuk memasak Makaroni berkuah speghetti.


Bahan2:
1 paket / 500gram makaroni - (rebus dan tos)
1 tin besar tomato puree brand Kimballs or Prego
1 tin cendawan butang - (hiris ikut suka)
1 paket daging kisar - (hancurkan, tos)
1 labu lada benggala hijau - (dadu)
1 labu lada benggala merah - (dadu)
1 labu bawang holland - (dadu)
6 biji bawang putih - (hancurkan)
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak zaitun, garam n gula.

Cara2 :
1) Rebuskan makaroni dlm air mendidih n kemudian bila dah rasa kenyal2 boleh angkat dan tuskan.
2) Untuk membuat kuah : Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3) Masukkan tomato puree dan tumis.
4) Kemudian, masukkan daging kisar dan cendawan butang.
5) Bila dah agak kering, masukkan kesemua baki bahan2 tadi.
6) Jangan lupa masukkan garam dan gula. Siap!

Pesanan mak enon : Makaroni boleh di tukar dengan pelbagai jenis pasta.
Bahan2 boleh di ubah mengikut tekak anda.

0 comments:

Back to Top