0

**Kembara Mahkota Johor 2011

Berdasarkan tajuk dan gambar di atas sudah
membuktikan anis begitu berbangga sebagai anak jati Johor.
Dengan program yang di lancarkan oleh Tunku
semenjak baginda bergelar Tunku Mahkota Johor dan kini baginda
DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,
sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor, baginda
amat di segani setiap kalangan penduduk di negeri Johor.
Penantian rakyat berakhir apabila di umukan bahawa
baginda mencemar duli lebih2 lagi apabila Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi tahun 2011
membuka tirainya pada 18Jun2011. Tema pada kali ini lebih mendekatkan
diri baginda dan rakyat jelata kepada alam sekitar melalui tema
"Penjagaan Alam sekitar Tanggungjawab Kita".
Bersama dengan itu, baginda mencemar duli pada kali ini berlainan sekali dengan tahun2
yang lepas oleh kerana baginda bukan sahaja menunggang
motor berkuasa tinggi dan pacuan empat roda malah baginda juga
membawa bot sebagai altenatif baginda terhadap perairan sekitar daerah
di negeri Johor.

Berikutan dengan itu,
anis dengan berbangga dan menyeru kepada blogger2 jati Johor
turut sama menyemai sikapkebanggaan kita terhadap sultan.
berikut adalah jadual
mengenai Kembara Mahkota Johor
Johor Darul Tak'zim
Daulat Tuanku




0 comments:

Website Signs
Back to Top