4

*Resepi Kuih Talam Jagung.

(amek dari wak google)

Assalamualaikum..
hye, hari ni anis tiba2 teringin nak makan kuih talam jagung ni.
resepinya pun mudah dan sedap je.
dulu time anis sekolah menengah dan menetap kat rumah family,
ibu selalu jugak buatkan kuih ni.
Bagi korang yang teringin dan nak tahu macam mana nak buat
kuih talam jagung ni,
anis ade penyelesaianya.

BAHAN2:

BAHAN LAPISAN BAWAH
1 cawan krim jagung
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

BAHAN LAPISAN ATAS
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

CARA2:
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
3. Kukus selama 30minit.
4. Kemudian, campurkan semua bahan lapisan atas dan tapis dalam periuk.
5. Kacau sekejap dalam 10minit di atas api yang kecil.
6. Bila adunan bawah sudah masak, cakar sedikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukus selama 20minit.
8. Sejukkan betul2 dan barulah dipotong.

~SELAMAT MENCUBA~



4 comments:

nurul said...

Sedapbye. Mudah. Nak try la

nurul said...

Sedapbye. Mudah. Nak try la

nurul said...

Sedapbye. Mudah. Nak try la

nurul said...

Sedapbye. Mudah. Nak try la

Back to Top