0

*Cinta Suzana (Part I)



Cinta adakalanya menjadikan kita bahagia mahupun derita.
Bermulalah kisah penderitaan diriku 4tahun yang dulu...

Dengan bermulanya satu panggilan telefon aku berkenalan dengannya. Aku tidak mengenali empunya diri tersebut yang ingin berbicara dengan Suzana. Rupa2nya jejaka tersebut silap mendail nombor. Lalu jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Shahrul. Dari satu panggilan yang salah, kami saling berhubung dan saling mengenali perihal keluarga masing2 hingga satu hari Shahrul menanam hasrat untuk datang bertemuku.

Dengan perjalanan Shahrul tuk bertandang ke rumah, aku dapati ada sesuatu yang di sembunyikan daripadanya sehinggalah tanpa sengaja aku mengetahui bahawa Shahrul menipuku. Shahrul yang selama ini ku kenali sejak panggilan itu adalah 2pupu(sepupu punya sepupu) dariku. Patutlah aku di bangku sekolah Shahrul selalu memerhatikanku ketika aku pulang dari sekolah.

Selepas kejadian kantoinya, Shahrul atau nama sebenarnya Helmie sering berhubung dengan ku. Kami semakin rapat dalam membincangkan hal peribadi masing2.

Pada satu hari, aku ada bertanyakan mengapa Shahrul menipuku, lalu jawapannya adalah, beliau mahukan adik angkat perempuan disebabkan adik-beradiknya kesemua lelaki. Selang beberapa hari, aku jatuh sakit dan Shahrul yang membawa aku ke hospital. Layanannya baik dan beliau tak pernah mengambil kesempatan kepadaku. Aku dibawa ke rumah keluarganya lalu memperkenalkan aku sebagai adik angkatnya. Di situlah aku mengenali cara hidupnya walaupun kami bersaudara sekian lama tapi hubungan kami semakin erat terjalin. Layanan ibu bapanya baik dan lemah lembut terhadapku. Sungguh aku bertuah mempunyai sebuah lagi keluarga.

Semakin hari semakin sayang,,itu yang mahu aku ungkapkan mengenai kami. Aku sering berbalas pesanan ringkas (SMS) kepadanya. Keluargaku juga sudah mengenali dirinya kerana beliau sering ke rumahku. Shahrul juga ada mengatakan hasrat hati untuk menjalinkan hubungan istimewa kepada ku lebih dari seorang abang kepada adik. Di sebabkan aku masih solo lalu aku menerimanya dengan ikhlas. Kami merahsiakan hubungan istimewa daripada kedua2 keluarga.

Pada satu hari, ketika aku membelek handphonenya, aku dapati bahawa Shahrul mempunyai seorang teman wanita. Aku bertengkar dengannya. Hati siapa tak luluh jika orang yang selama ini kita sayangi mempunyai wanita lain. Aku amat sedih ketika itu. Selama seminggu jugalah aku berhenti untuk menghubunginya.
...................................ikuti selanjutnya kelak.......................




0 comments:

Website Signs
Back to Top