0

Resepi Puding Lumut

Assalamualaikum wbt..
Di hari jumaat yang mulia lagikan bahagia anis tetiba rajin nak pos resepi.
PUDING BERLUMUT.

Dulu masa kat umah, bunda selalu wat puding nih.
And I am the first person yang abeskan.
Puding Lumut ni amat bersesuaianlah sangat kalau di jadikan pencuci mulut.
Tapi bagi anis, selalunya kat kampung puding ni di bubuh sekali dengan berkat.
Berkat ni kira macam bagi nasi dan lauk pauk ataupun kuih-muih.
(Biaselah anak jawa)

BAHAN2 NYA:
1 paket agar2
1/2 mangkuk santan
1 cawan gula
10 helai pandan untuk buat jus
(Kisar dgn air dan dapatkan jusnya)
2biji telur ayam (dipukul)
3mangkuk air atau lebih untuk mencairkan agar2

CARA MEMBUAT:
1. Cairkan agar2 di dalam periuk dengan air. Biarkan sehingga mendidih dan agar2 betul2 cair dan tidak berketul2.
2. Then, masukkan gula kacau hingga cair.
3. Biarkan bahan tadi mendidih.
4. Sementara itu, ambil mangkuk lain, campurkan santan kelapa tadi dengan telur yang di pukul. Kacau hingga sebati.
5. Kemudian masukkan jus ke dalam campuran telur dan santan.
6. Masukkan kesemua bahan yang di campur tadi seperti telur,santan dan jus ke dalam periuk agar2 yang sedang mendidih tadi. Kacau dengan api yang besar dan biarkan ia mendidih dan akan kelihatan bahan2 tadi berketul2 seperti lumut. Kacau seketika hingga mendidih dan kemudian tutup api.
7. Tuang ke dalam loyang.
8. Sejukkan di dalam suhu bilik lalu masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Website Signs
Back to Top