Aku Seketika Dulu


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Assalamualaikum,,hari ni terajin update sebab stress mengenangkan bos.
Lantak p la takmo pikiaq dah..semoga Allah membuka hatinya untuk memaafkan kesalahan anis..

Takmo sedih takmo apa2.
Hari ni nak sharekan zaman kegemilangan kanak-kanak ku dahulu.
Kira dah menjadi TEBIAT la jugak dengan benda-benda nih..

yang ni nama nya anis bagi "aiskim tailand" n rege 10sen je.
sebab ibu cakap aiskim ni tak elok buatan thailand.
Sebenarnya saja tak kasi anak dia sakit perut sebab banyak sangat minum benda nih.
cara paling rare nak minum dia, gigit yang bahagian atas tu, pusingg....pusinggggkan sampai
putus, then sedut sampai habis,,dah habis, tiup2 macam jantung mengepam darah.
Kalau yang tak biasa, SEMPUT jawapan dia..hahaha

Yang ni jadi bisnes bila kat sekolah agama (sebab ku kelahiran Johor)
tiap2 malam mintak ibu buatkan aiskim nih, masa tu tak reti nak pintal lagi.
Bila dah sejuk jual kat sekolah, leh untong maaa...20sen taw,.jual kat bakul motor pun laku.
(jual kat motor sebab jual secara haram)
faveret kawan yang specialnya aiskim anis, aiskim DURIANBELANDA..
takde nya yang perasa2 nih..ni buah pure asli dan original maa...sedap taw,
Korang cari la kat memane esp Giant ke, pokok umah jiran ke, amek pulak yang masak taw.
Pastu cuci dia elok2, amek isi dalam dan asingkan biji2 hitam (sebab bijinya leh wat batu kira2)
takyah blender, bubuh air dalam jag tambah gula n masukkan buah.
pastu masukkan pulak dalam plastik aiskim cap kingkong.haha..sejukkan dan makan!!

Dulu masa kecik2 umah selalu takde karen (style english mix jawa) or current.
so berbekalkan lilin cap nenas yang warna merah yang cina selalu wat sembahyang kat tokong.
kalau guna lilin putih tu cam tak terang je umah..lagi satu cepat habis..
kan masalah..oh ye berbalik pada gambar tadi, bila dah pasang lilin, try la wat bentuk2 haiwan.
Di sebabkan takut nak tido time gelap, buat bentuk kambing berbual..korang leh la cuba praktis kat umah.
matikan je power supply kat umah n buat2 xde karen even umah sebelah terang benderang.
kalau nak gelap semua, matikan main power supply..happy 1kg or taman xde current.

ohh,,,gam kesukaan ramai..20sen je dulu..
sekali pijak tepancut di jalanan..hahaha...yang besnye gam ni sebab dia melekit2
(nama pon gam) nak buat layang2 sonang..masa kecik2 tampal2 gamba kat buku..
sampaikan buku tu leh jadi tebal dek kerana gam yang tak sistematik malahan plastik..

Asam ni...asam duit-duit.sebab bentuk cam duit syiling..
benda ni dah selalu di gunakan dalam pembuatan kek lapis asam manis.
Kalau ibu yang wat, anis tukang makan asam nye..1 untuk kek, 5 masuk mulut...
budak2 zaman sekarang, asam cenggini dah tak pandang, malah di pijaknya.
Hina sungguh asam zaman aku nih..

Yang nih..belon gas2 sebab bila tiup bau gas yang taksedap.
tapi best..pintal banyak2 kat straw, celup2 dalam mulut supaya dia bulat dan tak bocor bila ditiup.
nak tiup pun kena ada sklill kena slow2 pastu bila ada bocor je kena kemamam guna bibir.
Dah dapat sebiji belon, tekup kat muka..pastu tenyeh2 kat muka sebab nak letupkan belon yg kecik2..
dulu rege dia 20sen je.taktau la sekarang.

Kesimpulannya, habit dan kesukaan anis nih tak banyak beza dengan sekarang pun.
sebab zaman dah kembali..waullahualambissawab

1 comments:

ZF said...

semua aku penah buat...

Website Signs
Back to Top