Resepi Chocolate Moist Cake + Ganache


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'
السلام عليكم

Semalam anis ada post entry mengenai Chocolate Moist Cake
dengan tajuk 



So hari ni anis nak bagi resepi derhaka kek ini dari sebuah laman web :
1. Kongsi Resepi
2. Resepi Citarasawan

Bahan-bahan ( loyang 9" )

2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder 1 tsp esen vanilla

Untuk ganache

2 cwn non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup

Whipped Cream 

1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara :
  1. Tepung + koko powder + soda bikarbonat + baking powder di ayak bersama. 
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila. 
  3. Masukkan susu dan minyak dalam adunan,kacau sebati.
  4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.
  5. Last skali masukkan air panas..kacau sebati.
  6. Bakar selama 45 minit pada suhu 175-180degree. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam. Aku refer kukus sebab lagi moist coklat tuh.
Membuat GANACHE
  1. Dalam mangkuk kecil, didihkan whipping cream 
  2. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking chocolate. kacau sebati. 
  3. Tambahkan golden syrup. 
  4. Ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dalam peti sjuk
Membuat WHIPPED CREAM
  1. Pukul 1 cawan whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cawan choc ganache yang di ambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati. 
  2. Kek yang dah siap..di potong tengah2. sapukan dengan whipped cream dari step di atas. Kemudian lapiskan dengan kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit, ambil kek yang dah disapu whipped cream td,sapukan pula dengan ganache yang kita dah simpan dalam peti. Simpan semula dalam peti lebih kurang 30 minit.
TIPS : Untuk menutupi kecelaan bagi kek yang comot, anis tabur dengan badam yang telah di bakar tanpa minyak. Untuk hiasan, ikut kreativiti masing-masing

KOMEN : 
MrBf : Kek coklat cam pahit sikit,,bla,,,bla,,bla,,tapi nanti wat lagi.
Biras To Be : Sedap okey...(yehaaaa)
Anis : Yang penting time diaorang potong kek nih, anis takde di situ..hehehe

SELAMAT MENCUBA

1 comments:

Bidadari Besi said...

Banyaknya bahan. Syaa ade jugak buat hari tu, Tapi bahan dia tak banyak sangat lahh. Tak pakai whipping pun. Cher cek older post syaa kalau rajin. heehe

Back to Top