2

*Ikan Panggang Darat

Assalamualaikum..
hari ni anis nak post satu lagi entry berkaitan resepi orang2 
belah Utara iaitu negeri Perak.

Di perairan negeri Perak,
terdapat berbagai jenis ikan air masin yang menjadi tarikan
pemancing dan penggemar makanan laut.
Berbalik kepada tajuk entry anis pada hari ni, anis nak tunjukkan satu
resepi iaitu
Ikan Panggang Darat.

Sejarah ikan panggang darat ni kalau korang nak tahu,
nelayan masa dulu gemarkan juadah ni.
Di sebabkan mereka ke laut, jadi mereka tak dapat nak bakar ikan tu kat laut,
jadi nelayan ni buat la resepi macam ini bagi memudahkan mereka
menikmati makanan kegemaran mereka ni..

BAHAN2 NYA:
2ekor ikan jenahak
2cawan santan
10tangkai cili kering
3batang serai
2biji bawang besar
Belacan
1/2inci halia
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa

(KISAR)

CARA MEMBUATNYA:
1. Panggang ikan jenahak tersebut terlebih dahulu.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan santan dan air asam jawa.
4. Masukkan garam,gula dan bahan perasa.
5. Curahkan bahan tumis tadi ke atas ikan tersebut.
6. Siap dan hidangkan.


2 comments:

Aida Azryn said...

haish.. nampak berselera. :)

Kisah Kaseh Annisa said...

HUHU,,,,thu xpew..

Website Signs
Back to Top