2

10 Sebab Lelaki Perlu Berkahwin



سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'

Perkahwinan. Ada lelaki yang sangat takut dengan satu komitmen ini. Bagi mereka perkahwinan akan menyekat segala kebebasan, perlu menjaga hati ramai pihak selain perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal.

Masih ramai yang memilih untuk bergelar orang bujang tambah-tambah pula jika umur masih muda. Sedikit tip mengapa anda perlu berkahwin sekaligus menukar gelaran bujang kepada suami orang.

1. Ada daya penarik

Bukan semua lelaki mempunyai sikap berani dan berdaya saing di hadapan wanita. Ramai lelaki tidak mempunyai keberanian sebegini dan jika anda mampu memikat gadis yang anda idamkan itu bermakna anda sendiri punya gaya pemikat.

Maklumlah, anda perlu bersaing dengan ramai lelaki lain tambahan pula jika pasangan hidup anda itu agak cantik sekali gus anda berjaya membuktikan, anda ada kelebihan itu berbanding lelaki lain yang mungkin masih terfikir-fikir cara untuk memikat wanita.

2. Anda ada keturunan

Memilih untuk berkahwin bermakna anda mempunyai zuriat yang bakal anda banggakan di masa hadapan. Tambahan pula jika anak dibentuk dengan sempurna dan mampu mendoakan anda di akhirat kelak.

3. Meningkat tenaga

Memilih untuk berkahwin bermakna anda perlu bersedia dari segala aspek. Bermakna anda perlu lebih bertenaga untuk meneruskan kehidupan kerana anda kini bukan lagi bujang sebaliknya sudah berkeluarga jika punya anak.

4. Kehidupan lebih baik

Bergelar suami menjadikan anda seorang yang lebih berkeyakinan dan mampu berkompromi dalam semua perkara. Secara jujurnya, berkahwin menjadikan anda individu yang lebih baik.

5. Lebih bahagia

Satu kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Australia mendapati, lelaki berkahwin lebih gembira berbanding orang bujang. Faktanya, lelaki berkahwin memiliki 135 peratus lebih kegembiraan berbanding tidak berkahwin.

Berkahwin menjadikan lelaki lebih stabil dari segala sudut. Sokongan moral yang diperoleh dari pasangan mampu menjadikan kehidupan jauh lebih baik dari orang bujang.

6. Kehidupan seks yang sempurna

Setiap manusia dilahirkan dengan nafsu ini dan melalui perkahwinan anda dapat memenuhi keperluan ini dengan cara yang sihat dan halal.

7. Lebih berimaginasi

Berkahwin bermakna anda bebas melakukan seks mengikut imaginasi anda. Kajian yang dilakukan mendapati lelaki berkahwin lebih menikmati kehidupan dan bebas melakukan beberapa kerap seks yang mereka mahukan, namun bagi yang bujang, selain berdosa anda juga akan dihantui perkara ini seumur hidup selagi tidak bertaubat kepada Allah S.W.T.

8. Kewangan lebih baik

Ramai orang bujang memikirkan duit adalah sebab utama mengapa mereka belum berkahwin. Namun ada kalanya mereka terlupa bahawa rezeki tetap ada seandainya anda memilih untuk berkahwin. Kadang-kala, rezeki lebih murah selepas kehadiran isteri dan anak-anak. Namun berkahwin juga bermakna anda perlu bersedia dari segi kewangan kerana segala-gala perlu menjadi dua kali ganda lebih.

9. Satu landasan yang betul

Perkahwinan bermakna anda sudah mempunyai keluarga. Ia juga melatih anda menjadi lelaki yang lebih baik berbanding lelaki bujang.

10. Hidup lebih lama

Kajian dilakukan oleh University of California mendapati lelaki berkahwin lebih panjang usianya berbanding orang bujang. 40 peratus darinya mampu menghindari penyakit jantung dan juga lainlain aspek. Malah harapan untuk hidup lama meningkat 250 kali ganda berbanding bujang. Jadi fikir-fikirkanlah kenapa anda perlu berkahwin.


Website Signs
Back to Top