2

6 Weeks More




سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم'

Huhh....Let me sigh first..
Dalam diam lagi ENAM minggu lagi nak mengecapi hari penting. Penting la jugak bagi aku.
Eh! Confirm penting sebab aku always mengelabah like biawak lari.
(Boleh bayangkan biawak lari camne)

Dalam ENAM minggu itu adalah hari2 kesibukan aku. Sibuk dengan barang2 yang harus ku beli, tak harus ku beli, dengan bajet yang HARUS minima. Sebab aku perlu BAJET BELANJAWAN.. Takmau boros mahupun menghabiskan duit dengan bende2 remeh dan tak perlu digunakan. Bayangkan duit keluar bagaikan air. Tapi duit tu aku buat beli set2 melemakkan badan. Dan time duit tengah kat tangan, kupon mahupun voucher makanan FastFood sampai di tangan even sanggup pergi Petronas just nak ambil kupon MarryBrown.

Dalam ENAM minggu tu jugak lah aku akan timbul bibit :
GEMENTAR
(gambar xbest sebab hpn dye hampeh)
BERSAYANG2
BERGADUH2

(rosak segala ayat)

Gementar oleh kerana hari itu.  Bersayang2 sebab makin lama ikatan makin dekat. Bergaduh sebab selalu missundestanding dengan mrBf. Bayangkan lah sebelum ENAM minggu ni je dah banyak bende nak kena sattle. Dengan family sebelah mrBf, dengan family sebelah aku. Dengan dia yang selalu rilek dan busy dengan kerja yang projek silih berganti. Aku rasa nak marah, tapi akan cair bila tengok gambar di bawah

Alahai comelnye Que bila senyum. Ignore si pemegang.
Candid nilai2 kebapaan sangat kot. Hati mana tak cair dan melebur saat aku nak marah dia still senyum dan rileks, macam takde bende yang berlaku. Moto dia "Bende boleh sattle". ENAM minggu lagi rasa macam ENAM hari. Dengan ENAM minggu semua persiapan tak siap dek perangai melengah dia nih. 1bende pun dia tak beli lagi. 

(jumpe pamplet camni kat wiper kereta)

Lagi satu hal. Kononnya nak datang dan beli kain sempena promosi 70% la katekan.. Promosi pun sampai 15April je..ape lagi Jakel Tampoi bersebelahan Kipmart Tampoi ku serbu dengan geng mak jemah iaitu Mama Mia, Mia Jeha dan anak sedara mrBf (kami sebaya)Starting ingatkan nak bawak si ikan, tapi bila fikir2 baik aku pinjam orang lain punya binatang kaki 4. So pinjam kereta kakak sebab Auto,,jalan JB memang aku malas nak drive guna Manual. Senak dengan jammed. Di samping itu jugak lah macam2 cerita aku dengar dari si anak saudara ni mengenai pakciknya yang ke Sebelas.

Kua umah dengan muka happy sebab good sunshine. Tak panas tak sejuk. Aku lalu Pekan Nanas dan naik highway Gelang Patah. Nak ke Jakel cuma bayar RM2.30.Pastu hujan dengan lebatnya. Rezeki Allah katekan. Sampai SESAT tak jumpa flyover nak turun Skudai. Telefon mrBf mintak direction. Hampeh, moment taksuka nak berjalan bila malam dan hujan aku pulak yang drive.(sebab rabun ayam)

Sampai Jakel hujan tak henti2, kelemahan Jakel Tampoi ialah PARKING. Tudia aku pusing banyak kali just nak dapatkan parking yang dekat dek kenangkan anak buah yang seorang nih..
dibuatnya hujan menimpa kepala dia,,aduh demam letih nak jaga. Lagipun parking lot jauh dan air dah naik separas buku lali. 

Masuk2 terus meluru mintak kain jenis Chiffon (sbb nak siap dan balik cepat2)
1meter harganya RM8++ untuk chiffon pink. 1meter harganya RM6++ untuk lining coklat. pastu mintak lace.
Naik ke tingkat atas n cari lace,.dari yang murah kepada harga yang boleh gadai tanah sekangkang kera. Promoter ni nampak tua dalam kemudaan dia. Sebab muka taksuka senyum. Anis nak border lace, amek kaw..siap dia bagi yang paling murah RM540 katekan. Terjeling2 mata anis dengan kakak dek harganya. Last2 jumpa. 1meter harganya RM120.00 paling murah rasanye. Mengeluh sekejap sebab bajet paras2 idung. Beringat ye, jangan membazir selagi belum sampai gerbang perkahwinan dan tak semestinya akan membazir bila detik perkahwinan. 

Tak sempat nak ambil gambar sebab kamera tak bawak, nak guna hpn hasilnya sangat buruk sebab aku tak guna hpn mahal dengan motto "Hpn mahal atau murah function yang aku guna cuma mesej dan telefon". So waimah aku nih budak IT sekalipun. So gambar akan di upload kemudian. 

P/S : Bila baca balik post ni,aku rasa aku sedang berlari ketika
menaip entry nih..

سلامت برعمال...السلام عليكم


Website Signs
Back to Top