0

Pantang Larang Terlarang



Pantang larang orang Melayu tradisional
merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar
dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
Ha, part ni memang selalu orang2 tua la ni sebut bila isteri dah mengandung.

Sebenarnya maksud tersirat dan tersurat orang tua seperti di atas sebab
nak elak penganiayaan terhadap haiwan.

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan,
dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
Yang ni Nauzubillahuminzalik. Maksud tersirat tersebut 

Sebenarnya
di tujukan agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.

Jangan bergaduh dengan ibu mentua
dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
Selalunya kat drama2 yang di siarkan kes2 isteri bergaduh dengan suami.
Berkaitan dengan suami. Pastu meraung2 mintak redha suami dan at the same time mengalirkan air
mata orang yang tengok betapa azabnye. Tappppiiiiii....kenapa
rasenye tak penah kot dengar gaduh dengan mertua nanti susah nak bersalin.

Sebenarnya orang tua2 dulu nak kita bagi jaga ketenteraman keluarga,
terutamanya bila tinggal dengan mertua selepas bersalin.

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
Ape kaitan ampai dengan gagap???
Kadang sampai senak nak fikir. Ampai kan nak buat sidai kain baju.
Maybe nak lalu ampai punye pasal terpaksa tunduk2 dengan perut yang berisi.
So baby dalam perut tu tergoncang2 tu yang gagap kot.

Sebenarnya disebabkan penyidai biasa rendah, 
dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan.

Dilarang (orang lelaki) kencing atabusut, dikatakan buruk kemaluan.
Yang ni pun satu, kalau ye pun dah tak tahan sangat kencing la tepi busut. 
Jangan atas busut. Haish..(ayat kat atas berkata begitu)..
Elok2 la orang buat tandas tak nak buang situ. Siap ade pakej iaitu pakej berbayar dan free off cas.
Tak pasal2 busut di kencingkan sebab takde sistem ketahanan dan pertahanan nak membuang air.
Eww..tolong la wahai lelaki yang suka kencing berdiri, agak2 oke. Sopan sikit.

Sebenarnye nak mengelakkan lelaki berkenaan
ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan.

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
Sebenarnya supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak,
dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung.

Abestu, yang pengantin amalkan duduk atas bantal tu tak bisul pulak.
Bagi anis, bantal yang orang salu duk letak kepala tu tak elok kita dudukkan sebab
nampak sangat korang tak ade sivik. Kadang siap kentutkan bersabdu2 bantal tu,
bau yang di kepam kat bantal, then orang baring letak kepala lak.
Humaaaaihhhh bau2 yang harum gitu...

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.
Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah,
tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan)
boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah berderai.
Tak pun merobohkan rumah. Sedangkan jalan atas lantai kayu je da
bunyi krok krekk ni kan bergendang gendut pulak..

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta.
Ha kan buta terus di jadikan alasan. Amekk..!
Sebenarnya nak menjaga mata daripada kabur dan rosak. Yela yang p sengal jahit
malam2 takde lampu yang menyuluh mane nak nampak.

Lagi satu, nak elakkan jarum tercucuk mata,...eh tercucuk jari.

Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis.
Yang ni kira tak logik la sebab nasi nak menangis.
Yang menangis selalunya nasik yang habis di makan.
Tapi ade certain2 orang yang gunakan istilah sama tapi berbeza hujungnye.
Kalau tak habiskan nasi..nanti ayam kat rumah mati.
Sebab ape kait dengan ayam pulak??

Sebenarnye nak elakkan berlakunye pembaziran.

Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Pulak siap ade hometheatre 1set kat dapur sambil nyanyi dengan masak.
Bayangkan la resepi gulai sanggup leh tertuka dengan resepi asam pedas dek kerana
lagu yang di dendangkan tu dondang sayang.
Berdondang dondeng la perot laki ko anak beranak..hahaah

Sebenarnya, nak elak masakan yang di masak tu hangus.

Pantang Larang Sebelum Perkahwinan

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana
takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.

3. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat.
Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu.

4. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai,
kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Terdapat hadis dalam perkara ini.

5. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula 
dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.
Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.


Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

0 comments:

Website Signs
Back to Top