0

Resepi Puding Roti Marble

Assalamualaikum wbt..
2hari yang lepas Umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha
dan berkesempatan itu juga anis nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Raya tahun ni kurang meriah sebab tak ramai yang balik.
Kalau family members yang balik pun tak serentak.
Tapi anis bersyukur sangat2 dapat sambut dengan sederhana.
Ibu masak semua masakan kegemaran anis especially rendang dan sambal kacang.
Uhh,,terangkat. Kalau boleh 1hari dalam 3-4 kali jugak anis makan.
Tapi jangan pulak tak kuat nak buat kerja lain.hehe

Anis sempat jugak buat kuih puding.
haa nak tengok hasilnya..
ni namanya Puding Roti Marble.


Untuk 1adunan seperti di atas, gunakan cara dan bahan seperti di bawah.

BAHAN2 NYA:

4keping roti
2biji telur ayam
1/2cawan susu pekat manis
1tin susu cair
10gram serbuk agar2
1/2cawan gula pasir
2sudu besar marjerin
3cawan air bersih
1/4cawan milo
1sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna merah (ikut suka)

CARA2 NYA:
1. Masak serbuk agar2 dengan 3cawan air dan gula.
2. Sambil itu, blender semua bahan kecuali (MILO, MARJERIN, PEWARNA).
3. Tuang ke dalam serbuk agar2 yang sedang mendidih.
4. Sentiasa kacau hingga agak pekat.
5. Apabila agak pekat, masukkan marjerin.
6. Lepas itu, kacau sehingga mengelegak.
7. Bila dah mengelegak, asingkan kepada 3bahagian.

1 WARNA ASAL
1 WARNA MILO
1 WARNA MERAH

8. Tuangkan ke dalam loyang dengan mulakan dari titik tengah 1senduk warna asal dahulu.
9. Kemudian buat seperti [DI NO.8] berulangkali berselang seli.
10. Carikkan dari bahagian luar ke titik tengah dengan menggunakan lidi yang bersih.
11. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian barulah masukkan ke dalam peti sejuk.

 Gambar di atas ni untuk 2adunan
kira anis DOUBLE kan bahan2nya.

Sesuai di hidangkan ketika minum petang.
Selamat mencuba..!!

0 comments:

Back to Top