0

Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Dengan hari yang bertarikh
01.11.2011
anis eksited nak pergi kelas jam8
tapi bila dah siap mandi, roomate habaq(kata) kelas start kul10.
So hampa pon ada.
Jadi bila menghadap si lappy dan merajin kan diri tuk post entry
dalam kesibukan nak buat assignment dan mini project
dek tido lewat berhari2
tetiba teringat si mrBf pernah berkata2.
"my fav food like ayam masak kicap & ayam masak merah.."
So garu kepala jab*
Bila la anis dan(sempat) nak belajar masak.
Dulu sekali je bunda ajar masak ayam masak merah,
tapi dah lupa balik sebab tak practice kat poli
dan sementelaah tu juga "kat poli mane boleh masak.."
(alasan kukuh)
MrBf pon pernah jugak ajar masak ayam masak kicap
by call sahaje.
(Macam anis ingat)
Rase2nye ingat2 lupa la ape yang dia ajar (*_*)V

Dengan kemodenan teknologi yang anis pelajari
ape lagi Google la penyelamat segala badai. hahahaha.
(^_^)

(sumber wak google)

Bahan-bahan (4-5 orang)

1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
Garam dan kunyit
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
  1. Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.
P/S : Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.


0 comments:

Back to Top