Filem Ombak Rindu + Novel Ombak Rindu

Asslamualaikum wbt..
Semalam syok melayan tv ade lagu untuk filem terbaru.
Kalau korang yang gemar baca novel mesti korang tahu novel terlaris zaman anis
sekolah rendah(tak silap) lagi iaitu Novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari.
Kalau layan secara nyata(haha) confirm meleleh air mata
dengan perjalanan cerita yang penuh situasi dan perasaan.


dan ini
Filem Ombak Rindu yang bakal di tayangkan
Disember nanti yang di adaptasi daripada novel di atas.


yang syoknya dalam filem ni Maya Karin membawa watak Izzah yang bertudung
dan juga di gandingkan bersama pelakon kacak dan macho(saje tambah2) Aaron Azizi.

Nah layan sinopsisnya :

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari. Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

1 comments:

ZF said...

jom g tengok...

Website Signs
Back to Top